Monday, August 22, 2011

Kenaikan harga barang, BN gagal urus ekonomi



KUALA LUMPUR 22 OGOS : Faktor kenaikan harga barang kawalan sejak muktahir ini didakwa berpunca dari kegagalan pengurusan ekonomi dan kewangan negara oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Pengerusi Kelab Protes Harga Barang Naik (Protes BN) Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz berkata demikina bagi mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yaacob semalam bahawa Kerajaan tidak berkuasa dalam menentukan harga barang.

"Kita melihat bahawa kalaupun ada barangan tertentu harga naik di pasaraan dunia, kalau Kerajaan bijak dalam pengurusan ekonomi dan kewangan, boleh beri pengapungan subsidi.

"Tapi kerajaan selalu beri alasan, contohnya harga minyak (petrol). Bila harga pasaran dunia naik, Kerajaan kata terpaksa naikkan sebab tak mampu tampung subsidi berlebihan, bila harga turun, kerajaan berhujah kita harus stabilkan harga," kata beliau dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Nor Mohamed dalam laporan portal 'The Malaysian Insider' semalam, berkata kerajaan sentiasa berusaha mengawal kenaikan harga dengan pelbagai formula dan strategi dalam usaha memastikan keharmonian hidup rakyat serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Bagaimanapun Mahfuz menganggap formula dan strategi kerajaan itu dilihat seolah terus menekan rakyat biasa dan menguntungkan orang tertentu.

Beliau mengulas mengenai pembentangan Makmal Rasionalisasi Subsidi tahun lalu yang menyatakan Kerajaan memperuntukkan RM74 bilion sebagai subsidi setahun merangkumi bahagian sosial (RM42.4 bilion), bahan api dan tenaga (RM23.5 bilion), prasarana (RM4.8 bilion) dan makanan (RM3.4 bilion).

"Bagi saya RM 42 Billion untuk sosial seperti pendidikan dan kesihaatan itu adalah tanggungjawab, begitu juga untuk infrastruktur.

"Sekarang Kerajaan gabungkan tanggungjawab itu sebagai subsidi. Saya rasa pelik. Sedangkan untuk bahan api dan tenaga syarikat IPP dapat untung. Rakyat kena tanggung kenaikan tarif. Dan inilah penyebab kos hidup meningkat," tegas beliau.

Tambah Mahfuz, jika ditolak bahagian sosial dan infrastruktur tersebut, Kerajaan hanya menanggung kira-kira RM 26 Billion dalam menanggung subsidi rakyat, lebih rendah dari laporan bahawa ketirisan dan pembaziran negara sebanyak RM 28 Billion setahun.

No comments: