Saturday, August 13, 2011

PAS mahu JAIS segera bawa bukti ke mahkamah jika orang Islam dimurtadkan



KUALA LUMPUR 14 OGOS : PAS mengumumkan pendirian rasminya mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja minggu lalu sambil menegaskan, agensi itu harus mengambil tindakan segera jika ada bukti penganut Kristian memurtadkan Muslim.

Pemimpin-pemimpin PAS berkata keputusan tersebut selari dengan kedudukan parti itu yang diasaskan mengikut prinsip Islam.

Malah kata mereka, PAS tidak akan berkompromi dalam isu-isu yang menyentuh hal ehwal Islam.

“PAS sebuah parti Islam. Perlembagaan kami mengatakan bahawa Islam adalah asas kami dan al-Quran.

“Keutamaan PAS adalah mempertahankan kesucian Islam, tiada kompromi apabila ia berhadapan untuk mempertahankan kepercayaan (kami),” kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu selepas mempengerusikan mesyuarat biro politik petang semalam.

“Kami mengambil pendirian bahawa jika Jais ada bukti yang secukupnya, mereka harus mengambil tindakan segera ke atas mereka yang mahu menukar agama orang Islam atau merosakkan kepercayaan Islam mengikut peruntukan Enakmen Islam Negeri Selangor,” kata Mohamad.

Kata beliau, biro politik mengadakan mesyuarat petang ini untuk memutuskan pendirian parti itu berhubung kontroversi semasa.

Bagaimanapun ketika ditanya sama ada parti itu merestui serbuan Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang turut hadir berkata, “tidak.”

Kemudian, Mohamad menambah, PAS hanya akan menyokong tindakan Jais jika ia ada bukti kukuh wujudnya usaha mahu memurtadkan orang, lapor portal The Malaysian Insider.

Mengenai rancangan PAS mahu mengadakan pertemuan dengan pengurusan gereja, Setiausaha Agung parti Datuk Mustafa Ali mengesahkan sudah menerima surat untuk mengadakan pertemuan Selasa ini.

Bagaimanapun menurut beliau, Jais menolak untuk mengadakan pertemuan, dipercayai atas nasihat Sultan Selangor memandangkan siasatan mengenai insiden 3 Ogos lalu belum lengkap.

“Kami menghormati keputusan mereka,” kata Mustafa.

Dalam pada itu seorang lagi Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar menggesa Jais mempercepatkan siasatan bagi mengelakkan pelbagai spekulasi mengenai isu sensitif terbaru ini.

Ketika ditanya sama ada keputusan semalam akan menjejaskan hubungan parti itu dengan rakan-rakan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat, Mohamad tidak bersetuju dengan andaian sedemikian.

“Ini adalah asas kepada perjuangan parti. Tiada sebab ia akan menjejaskan hubungan,” katanya lagi.

Beliau juga menafikan khabar angin dalam blog-blog pro-Umno mendakwa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat cuba campur tangan bagi mengelak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) daripada menyita bangunan Gereja Methodist Damansara Utama.

Blog itu menambah, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Exco Kerajaan Negeri Teresa Kok dan Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad telah menghubungi MBPJ agar menghentikan kerja menyita bangunan gereja itu.

8 comments:

Anonymous said...

kalau jais x buat serbuan macam mana nak dapat bukti.....x paham aku kenapa orang pas TIDAK setuju dengan tindakan jais. x kan nak tggu bukti datang sendiri....macam x keja tapi nak duit. mana boleh....apa pun tahniah jais dan dato hasan ali.

p/s: gereja haram tidak disita malah dibela.

Anonymous said...

murtad ni berlaku dah beribu2 zaman umno perintah bukan pas perintah. itupun tak boleh nak fikiaq ka pencacai umporno

Anonymous said...

sekarang kerajaan negeri selangor diperintah oleh pakatan rakyat...isu murtad masih berlaku. jadi apa beza umno dengan pas.? cuma bila dato hasan ali iaitu ahli pas sendiri melaksanakan amanah sebagai exco hal ehwal islam selangor tidak disokong walaupun bukti dah jelas....kenapa gereja yang jelas HARAM tidak disita?````````````````````````````````

Anonymous said...

hoi pencacai umporno walaupun isu gereja dekat selangor, undang2 tu BN yang buat . bila pas usul undang2 murtad umno la yang tolak. kerajaan negeri melalui jabatan agama pun tak boleh nak halang sebab umno tak terima undang murtad yg pas bawa.

boleh halang dekat gereja di selangor, yg dekat melaka, NS berlambak lagi kes murtad . Tak kan selesai selagi umno yg ada kuasa terima undang2 murtad.

Umno ni sandiwara ja

Anonymous said...

waktu jadi pembangkang salahkan kerajaan bila dah jadi pemerintah pon nak salahkan kerajaan......tolong jelaskan kenapa PAS x sokong tindakan jais dan hasan ali?

Anonymous said...

tolong tunjuk satu kenyataan pas tak sokong. tapi rang undang2 murtad yg pas usul kenapa umno tak sokong. undang2 lebih berkesan.

bukan kat sgor sj terjadi murtad, semua negeri ada sbb tu kena ada undang2 cegah murtad. masalahnya umno tak sokong itu yg musykil.

umno sandiwara

Anonymous said...

Bagaimanapun ketika ditanya sama ada parti itu merestui serbuan Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang turut hadir berkata, “tidak"


p/s: daripada petikan di atas.

Anonymous said...

tak baca ka kenyataan pas minta jais buat pendakwaan. itu sokongan kepada jais. tapi sampai sekarang jais tak dakwa. sebab tu la pas nak terus bagi sokongan pun kena siasat dulu. bukan sokong melulu . lihatlah apa yg berlaku di p.p , arahan Nabi pun UMNO lawan kerana bantah melulu tak siasat. Pas bukan macam umno