Sunday, August 21, 2011

PAS mahu mengadap Agong

http://zainulfaqar.blog.com/files/2010/06/Salahuddin-Ayub1.jpgSHAH ALAM – Pas berhasrat memohon untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam masa terdekat bagi mencadangkan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja bagi mengkaji sistem pilihan raya negara ini ekoran kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kelmarin.

Naib presidennya, Salahuddin Ayub berkata, kenyataan Najib disifatkannya angkuh kerana bertegas pilihan raya umum boleh diadakan bila-bila masa dan kerajaan tidak terikat keputusan dibuat jawatankuasa terpilih parlimen.

Menurutnya, kenyataan itu terus ‘membunuh minat’ Pakatan Rakyat (PR) untuk menyertai jawatankuasa tersebut kerana sikap Perdana Menteri didakwanya jelas tidak ikhlas.

“Jika begitu kenyataan Perdana Menteri kita, maka apa fungsinya ditubuhkan jawatankuasa terpilih parlimen ini sedangkan kita semua mahu sistem pilihan raya ditambah baik,” katanya.

Ditanya sama ada perjumpaan dengan Yang di-Pertuan Agong itu akan melibatkan perhimpunan besar seperti sebelum ini atau hanya menghantar beberapa wakil, Salahuddin menegaskan perkara tersebut akan dibincangkan kemudian.

“Mengenai perkara itu, kita tunggu dulu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan tidak mustahil PR menarik diri ekoran kenyataan Perdana Menteri dan dijangka akan mempercepatkan bantahan rakyat serta menyemarakkan semangat untuk himpunan Bersih 3.0.

Menurutnya, sikap kerajaan yang menolak diadakan pilihan raya sebelum sistem diperbaiki sudah tentu akan mengundang kemarahan rakyat sekali gus kepercayaan terhadap Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) terus merosot.

“Mustahak untuk memperbetulkan dahulu perjalanan pilihan raya supaya bersih dan adil dan mengembalikan kepercayaan rakyat. Sekiranya tidak, apa gunanya rakyat mengundi sekiranya keputusan pilihan raya bukan keputusan yang membayangkan hasrat sebenar di akar umbi,” katanya.

Katanya, Rabu ini akan diadakan mesyuarat PR untuk membincangkan secara serius perkembangan tersebut bagi membuat satu keputusan bersama terhadap ketidakikhlasan Najib dan Barisan Nasional (BN) untuk melakukan reformasi sistem pilihan raya sebelum pilihan raya umum akan datang.SH

4 comments:

Anonymous said...

Najib Bapak Pembohongan 1Malaysia. dah banyak kali sinajib tu berbohong masih tak serik2 lagi ke..? apalah PAS ni nak kata kurang cerdik memang kurang cerdik pun.....

Hamdan Rukun said...

SETAKAT INI TAK DAK SATU HANTU PUN BERJAYA DITANGKAP. MINTAKLAH HARUN DIN TANGKAP DUA TIGA EKOQ UNTUK JADI BUKTI...

Anonymous said...

keputusan mahkamah untuk pilihanraya Likas dan Pengkalan Pasir bukti hakim putuskan ada pengundi hantu. semak keputusan mahkamah

Anonymous said...

Saya menyokong cadangan PAS untuk mengadap Agong, Lakukan dgn. sebaik munkin jgn membelakangi agar tidakan akhir yg diambil adalah wajar dan tidak disalahkan atau berdolak daleh.akhirkata SELAMAT BERJUANG demi kesejahteraan anak cucu kita.