Wednesday, August 31, 2011

Tok Jangut bunuh polis, jika ikut pandangan UMNO maka Tok Janggut juga pengkianat

Nama sebenar Tuk Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas. Beliau mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan.

Antara yang paling sensitif
ialah mengenai pengenaan cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setiap tahun, pokok buah-buahn sebanyak 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung.

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diamb
il alih oleh Encik Latiff iaitu seorang pegawai tadbir Pentadbiran British yang berasal daripada Singapura, menggantikan raja yang berkuasa di daerah itu. Pertelingkahan mengenai cukai dan pengurusan pengutipan cukai membuatkan Haji Mat Hassan (Tuk Janggut) enggan membayar cukai.

Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk menangkap Tuk Janggut pada 29 April 1915. Dalam satu pergelutan yang be
rlaku, Sarjan Sulaiman telah ditikam oleh Tuk Janggut lalu terbunuh, Tuk Janggut telah menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri melalui ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.



Kebangkitan Tuk Janggut menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu berasa terancam dan serba salah. Atas Desakan Pegawai Pe
nasihat British pada masa itu Sultan Kelantan terpaksa menganggap Tuk Janggut sebagai seorang penderhaka. Pada hal Tuk Janggut bangkit menentang atau melawan pentadbiran British yang menggunakan undang-undang cukai baru di seluruh Kelantan, termasuk Pasir Putih.

Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tuk Janggut telah terkena tembak lalu meninggal dunia. Mayat Tuk Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa satu hari. Mayat beliau digantung songsang (kaki di atas dan kepala di bawah)beberapa hari di Padang Bank (Padang Merdeka).Kemudian mayatnya itu telah ditembak oleh sepasukan pihak British sehingga putus dua badannya. Selepas itu mayatnya dibungkus dan dibawa dengan perahu ke Pasir Pekan untuk dikebumikan.


(Pak Teh telah menziarahi pusara Tok Janggut beberapa tahun lalu - mungkin UMNO menganggap beliau adalah pengkhianat kerana melawan Melayu barua British, namun Pak Teh tetap mengatakan beliau mati sebagai seorang syuhada - Al-Fatihah)

Peristiwa Bukit Kepong (1950) ada persamaan dengan peristiwa Tok Janggut (1915). Tok Janggut di tuduh penderhaka kerana menentang Pasukan Malay State Guide di Kampung Dalam Pupuh, Pasir Putih, sementara Mat Indera telah dituduh Komunis kerana menyerang Rumah Pasong, Bukit Kepong, Muar dan membunuh Mata-Mata. Kedua-dua peristiwa ini melibatkan pihak British sebagai dalangnya dan kejadian berlaku semasa zaman Penjajahan British.

6 comments:

Anonymous said...

cuba bukak balik buku2 sejarah....tok janggut dianggap sebagai wira negara mana ada dalam buku sejarah tulis tok janggut pengkhianat macam komunis.semua buku menghormati perjuangan tok janggut.

p/s: artikel anda cuba menimbulkan kebencian dan kekeliruan antara orang melayu.

a-deeb said...

Terima kasih kerana berkongsi ilmu dan maklumat. Didoakan roh arwah Tok Janggut ditempatkan di kalangan orang solehin, Merasa sunggoh terharu dgn kisah perjuangan nya menentang penjajah dan para barua British spt Latiff dan Sarjan S. Pada masa yg sama bangga ada jugak Melayu spt "Braveheart" di Scotland yg mayat nya juga disiksa sehingga terbahagi 2

Anonymous said...

UMNO yang putar belit sejarah, jadi salahkan UMNO. Tok Janggut memang pejuang tapi dengan cara UMNO putar belit fakta sejarah yang terkini, seolah-olah siapa sahaja yang bunuh polis melayu yang kerja dgn British adalah pengkianat. Tok Janggut pun bunuh polis melayu Islam kerja dengan British.

Ding Sr. said...

Apa cerita? kenapa nak kaitkan dgn UMNO. saya tak faham kenapa sekarang? apa motif? nak burukkan UMNO itu hal hang tapi kita jangan kelirukan masyarakat tentang sejarah hanya demi Politik! Susah betol jadi melayu macam ni?

Anonymous said...

umno la yang kelirukan rakyat dengan seleweng fakta sejarah sebenar demi kepetingan politik umno. tak faham lagi

Anonymous said...

Memey sejarah berpihak kepada UMNO saja...Sapa yang nafikan memang dia Bangang...Bagi aku UMNO bukan pejuang sejati...UMNO hanya perunding...{Pejuang haluan kiri juga patut diangkat sebagai pejuang...Tukiskan juga dalam buku2 sejarah sekolah...Jangan hanya MENDEWAKAN TOKOH UMNO SAJA....LAwan British di cop pengganas...Tak sehaluan dengan UMNO pengganas...Pelampau...Penghianat...Walaupun aku dah 5,6 kali kena kursus BTN....Tapi aku tak tertarik langsung dengan Ideologi UMNO...Kata lain buat lain....Amanah dipelingkup sesuka hati....HARAMJADAHHH....