Sunday, September 18, 2011

BOLEH PERCAYA KA!!! 20 ahli PAS masuk UMNO di Kulim , yang 50 di Padang Terap pun tak dapat bagi bukti

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiW6KUMvc1VmkW0q2Vm8oPYtoXfyTGVKaTgmj7vbKz-mlyW3aWqDwxtxVS41MTXLYID8Sgg286s3AyEMuVg9TV5wAxkyNk5zuno4xsWfo7cPjsI6PLEFx3aWFOghQ31HouVKRnqkBQt3s4_/s400/umno+KAH+KAH+KAH.jpgKes 50 orang masuk Umno-APCO kat Padang Terap pun sampai sekarang takde bukti, tiba-tiba kat Kulim bukak auta baru

Lama-lama tinggal Menteri Besar, Exco dengan ADUN je dengan kat dalam PAS
.JP

Seramai 20 anggota PAS ranting Kampung Permatang Pasir di sini, yang kecewa dengan tindak tanduk timbalan presiden parti itu Mohamad Sabu akhir-akhir ini, mengambil tindakan keluar parti untuk menyertai Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu.

Mereka diketuai Saridan Md Noh, 42, menyerahkan borang menyertai Umno kepada Ketua Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir di majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bagan Samak dan Pekan Bandar Baharu, di Wakaf Bandar Baharu di Bandar Baharu, semalam.


Lebih ramai lagi rakan-rakannya daripada PAS Permatang Pasir dan beberapa lagi dalam daerah Bandar Baharu akan bertindak mengikut jejak langkahnya dalam tempoh terdekat, katanya kepada pemberita di sini.


Saridan berkata kumpulan yang mengikutnya keluar daripada parti itu sebenarnya telah menjadi anggota aktif parti itu sejak tiga pilihan raya umum lalu iaitu sejak 15 tahun lalu.


Beliau mendakwa anggota PAS di Bandar Baharu bagaikan 'anak ayam kehilangan ibu' berikutan pimpinan PAS Bandar Baharu dan Parlimen Kulim/Bandar Baharu tidak sehaluan dengan mendakwa Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Baharu diwakili PAS pula sukar ditemui.


Sementara itu, Abdul Aziz yang juga Penyelaras BN Parlimen Kulim/Bandar Baharu menjelaskan bahawa Umno Bahagian kini semakin banyak menerima penyertaan anggota-anggota baru dan sentiasa mengalu-alukan kalangan masyarakat tempatan khususnya dari kalangan belia sama lelaki atau wanita menyertai parti itu.


"Sehingga ini kami menerima lebih 1,000 anggota baru dan saya menyanjung tinggi usaha dan kerja keras dijalankan semua sayap parti khususnya Ketua Pemuda Bahagian dalam usaha menambahkan anggota baru," katanya.


-Bernama

3 comments:

Anonymous said...

dalam pas tak ada ranting lah ......ngok

Anonymous said...

Jangan kalut dengan cerita ini....PAS mana pakai ranting...
Kalau nak menipu pun janganlah sampai nampak sangat bodohnya.

Anonymous said...

Penipu kelas ke 2... ahli umporno boleh lah lu org kelentong....