Thursday, September 15, 2011

EKONOMI MERUDUM!!! Menteri Kewangan perlu diganti

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEip0hntlhnzRamySrEu_1l5vHtFGrubEZlTFMi_PxxU6qctx-dTIvkDGWvi0utAAmrlz4vaLgdTBZibdqYJITs7W77cskypHoXd-GT6v8VDjPSJSSe8A5Qv_gRe-xOQYCPeBTBsU0X1eNOh/s320/najib-tun-abdul-razak.jpgPakatan Rakyat menasihatkan Datuk Seri Najib Razak melantik orang lain yang boleh dipercayai untuk mengambil alih jawatan Menteri Kewangan bagi mengelakkan keadaan ekonomi merudum “lebih jauh”.

Najib (gambar) selaku Perdana Menteri turut menyandang jawatan Menteri Kewangan.


Kepimpinan Pakatan Rakyat mendakwa ketidakseimbangan ekonomi juga semakin meruncing disebabkan tahap gaji pekerja yang tidak meningkat dan kadar inflasi yang semakin tinggi.


Perikatan tiga komponen itu juga berkata Pakatan Rakyat juga sedia maklum bahawa Najib ketika ini sedang bergelut keseorangan mempertahan kedudukannya dalam Kabinet dan juga Umno.


“Sekiranya kita menggunakan analogi korporat, tidak akan berlaku seseorang ketua pegawai eksekutif menjadi ketua pegawai Kewangannya juga.


“Oleh yang demikian, untuk seseorang Perdana Menteri turut juga menjadi Menteri Kewangan adalah sesuatu yang amat janggal di mana-mana negara pun di dunia dan menyimpang jauh dari prinsip tadbir urus yang baik,” kata kepimpinan Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan hari ini.


“Oleh yang demikian, dalam semangat menghormati Hari Malaysia ini, Pakatan Rakyat dengan ini menyarankan agar Datuk Seri Najib mengambil sendiri nasihat yang diberikannya kepada Datuk Seri Abdullah Badawi dahulu dan melantik seorang penyokong yang masih dipercayainya untuk mengambil alih jawatan Menteri Kewangan tersebut sebelum keadaan ekonomi kita merudum lebih jauh,” katanya.


Kenyataan itu dikeluarkan oleh ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad yang juga pengerusi Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat, Setiausaha, Hal Ehwal Antarabangsa Liew Chin Tong, anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR R Sivarasa.


Kata mereka pendirian itu diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat pada mesyuaratnya hari ini.


Kata mereka, langkah kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mengiktiraf 16 September sebagai Hari Malaysia esok, selepas 48 tahun, adalah kerana tekanan bertalu-talu daripada pelbagai kalangan rakyat Malaysia sendiri sesudah pilihan raya umum 2008.


Malah kata mereka, Pakatan Rakyat memberi jaminan tidak berbelah-bahagi untuk menghormati serta mengangkat martabat negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia melalui desentralisasi fiskal seperti yang terkandung dalam Buku Jingga, sebagai contoh, menjamin royalti sebanyak 20 peratus daripada hasil petroleum kepada kerajaan negeri dengan matlamat membasmi kemiskinan di kalangan rakyat.


Tambah beliau, keputusan itu sebagai memperingati hari ulang tahun Najib mengambil alih jawatan Menteri Kewangan daripada Abdullah tiga tahun lalu.


“Untuk makluman awam, pada 17 September 2008, Datuk Seri Najib telah menemui perdana menteri ketika itu untuk memberi tekanan lanjut kepada Abdullah untuk menyerahkan portfolio Kementerian Kewangan kepadanya.



KENYATAAN MEDIA

Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat di dalam mesyuaratnya pada 15hb. September, 2011 telah memutus dan mengambil ketetapan bahawa:

1) Langkah kerajaan BN untuk mengiktiraf 16hb Sept sebagai Hari Malaysia esok (itupun hanya selepas 48 tahun ianya berlaku!) adalah kerana tekanan bertalu-talu dari berbagai kalangan rakyat Malaysia sendiri sesudah Pilihanraya 2008.


Pakatan Rakyat memberi jaminan tidak berbelah-bagi untuk menghormati serta mengangkat martabat Negeri-negeri di dalam Persekutuan Malaysia melalui Desentralisasi Fiskal seperti yang terkandung di dalam Buku Jingga (halaman 31), sebagai contoh, menjamin royalty sebanyak 20% daripada hasil petroleum kepada kerajaan negeri dengan matlamat membasmi kemiskinan di kalangan rakyat.


b) Sebagai memperingati hari ulangtahun Dato Seri Najib Tun Razak mengambil-alih jawatan Menteri Kewangan dari Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi tiga tahun tahun lalu. Untuk makluman awam, pada 17hb September 2008, Dato Seri Najib telah menemui PM ketika itu untuk memberi tekanan lanjut kepada Dato Seri Abdullah untuk menyerahkan portfolio Kementerian Kewangan tersebut kepadanya.


Pakatan Rakyat ingin memperingati peristiwa tersebut kerana sepanjang 3 tahun kebelakangan ini semenjak Dato Seri Najib mengambil-alih jawatan tersebut:


i) Kementerian Kewangan di bawah pimpinan beliau telah tidak berjaya untuk melaksanakan agenda reformasi mengangkat keluar ekonomi Negara dari perangkap negara berpendapatan pertengahan iaitu Model Ekonomi Baru yang dicanang-canangkannya.


ii) Menteri Kewangan juga kerapkali berdolak-dalik di dalam membuat keputusannya yang mengakibatkan kerugian berpuluh-puluh juta ringgit seperti kegagalan polisi penggunaan teknologi nano untuk melabel minyak. Yang terakhir sekali, cukai 6% untuk telefon prabayar.


Ketidakseimbangan ekonomi juga semakin meruncing disebabkan tahap gaji pekerja yang tidak meningkat dan kadar inflasi yang semakin tinggi.


Pakatan Rakyat juga turut sedia maklum bahawa DS Najib ketika ini sedang bergelut keseorangan mempertahan kedudukannya di dalam kabinet dan juga UMNO.


Sekiranya kita menggunakan analogi korporat, tidak akan berlaku seseorang Ketua Pegawai Eksekutif tersebut menjadi Ketua Pegawai Kewangannya juga. Oleh yang demikian, untuk seseorang PM turut juga menjadi Menteri Kewangan adalah sesuatu yang amat janggal dimana-mana negara pun di dunia dan menyimpang jauh dari prinsip tadbir urus yang baik .


Oleh yang demikian, di dalam semangat menghormati Hari Malaysia ini, Pakatan Rakyat dengan ini menyarankan agar Dato Seri Najib mengambil sendiri nasihat yang diberikannay kepada DS Abdullah Badawi dahulu dan melantik seorang penyokong yang masih dipercayainya untuk mengambil-alih jawatan Menteri Kewangan tersebut sebelum keadaan ekonomi kita merudum lebih jauh.



DIKELUARKAN BAGI PIHAK SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT

Oleh wakil-wakil parti:

YB DR. DZULKEFLY AHMAD, Ahli Jawatankuasa Pusat

Parti Islam SeMalaysia
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bajet Alternatif PR

YB LIEW CHIN TONG, Setiausaha, Hal-ehwal Antarabangsa

Democratic Action Party

YB R. SIVARASA, Ahli Jawatankuasa Majlis Pimpinan Pusat

Parti Keadilan Rakyat

No comments: