Saturday, September 17, 2011

ISLAM ala UMNO!!! Halang Hudud yang PAS mahu laksana di Kelantan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhaw-jmDHusDjOeHUC-id5DGpUq6-jkdyivoE95HZstl0AjHEdGCXRBIss8WOoNHI6dQrw958_uZy5IVDH-LXo0agoMmr6g5rx6FQ4on_U-gxVqNOncd1R37Yq-ddepuqMYsy1-iIb1I60/s1600/tn.jpgKOTA BHARU – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan hasrat Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud.

Menteri Besar itu berkata, pelaksanaan undang-undang Islam berkenaan sebelum ini mendapat tentangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mengugut bertindak jika Pas Kelantan melaksanakannya.

“Kerajaan Negeri setiap masa hendak kepada hudud, apabila tiada hudud inilah jadinya,rasuah, zina, pecah rumah dan sebagainya. Hudud ini perlu disegerakan, Pas Kelantan sudah lulus, semua Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) tidak kira, Pas atau Umno sokong 100 peratus.

“Selepas hudud diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (Dun), Perdana Menteri datang Kelantan dan cakap kalau Kelantan laksana hudud kami akan bertindak.

Jadi Pas Kelantan hentikan hudud walaupun semua dah siap. Akhirat kelak kalau ALLAH tanya kenapa tidak laksana hudud saya kata tanya Tun Dr Mahathir. Insya-Allah harap terbuka pintu hati Najib untuk laksanakan hudud,” katanya.

Kenyataan Nik Aziz itu sebagai mengulas laporan Yayasan Aids Malaysia yang merumuskan Kelantan mencatatkan angka tertinggi penghidap HIV, tahun lalu, selepas Pahang, Wilayah Persekutuan dan Johor.

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) diluluskan Dun Kelantan pada 1993, berikutan janji Pas dalam manifestonya akan melaksanakan hukum hudud pada Pilihan Raya Umum 1990.


Sementara itu,
bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Kelantan masih belum mampu melaksanakan hukum hudud kerana pelbagai cabaran harus ditempuhi, termasuk kekangan Kerajaan Pusat,

Menurutnya, dalam usaha melaksanakannya, Kerajaan Kelantan perlu menyediakan suasana kondusif supaya hukum hudud dilaksanakan, ia dapat memberi keadilan untuk semua.

“Kelantan perlu menyelesaikan kekangan Kerajaan Pusat dan sebagainya terlebih dahulu kerana saya bimbang jika negeri ini laksana hudud ia akan memberikan kesan negatif kepada Kerajaan Kelantan itu sendiri.

“Ini kerana, Kelantan akan hadapi ancaman musuh di peringkat antarabangsa dan pusat. Pelbagai gambaran negatif akan ditimbulkan. Kelantan belum mampu buat hudud kerana cabaran kuat akan memberi kesan kepada kerajaan keseluruhan,” katanya selepas seminar Pelaksanaan Siasah Syariah Dalam Konteks Semasa Peringkat Kebangsaan, semalam.

Beliau berkata demikian, ketika mengulas keperluan pelaksanaan hukum hudud oleh Kerajaan Negeri selepas 21 tahun memerintah Kelantan kerana undang-undang itu ditentang ketika pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Asri mengingatkan Pas Kelantan supaya membuat penelitian mendalam berhubung isu itu kerana musuh peringkat nasional dan antarabangsa sentiasa menunggu peluang untuk mengenakan kepimpinan Mursyidul Am Pas itu.

No comments: