Friday, September 16, 2011

LA RUMAH KOSONG KA!!! Puak-Puak Songkok Tiga Jengkal serang rumah Mata Sabu yang tiada penghuni

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQXN1rkUUuPTRdYyAa_WwthHMwTL6jcAtA2JT9c9YleB0OQV9o0NRZxS-NBpqOxR_iEGyAQ9aVbpEhNhFKgsTHqSnydK8G2TtrO9QanZN7aKoVi6cQfOMW1F1WGyF0jm9Jxh8sP7QXe7I/s1600/kupiah+tiga+jengkal.jpgTak dapat tanduk telinga dipulas, itu adalah ungkapan atau pepatah yang sesuai untuk menggambarkan tindakan sekumpulan pencacai UMNO yang menyerbu rumah Mat Sabu di Guar Petai sekitar jam 8.00 malam semalam.

Kononnya tujuan serbuan mereka itu adalah untuk menyerahkan memorandum kepada Mat Sabu berkenaan isu Mat Indera, turut dibawa bersama mereka ialah sekumpulan wartawan bagi membuat liputan akan penyerahan memorandum oleh mereka itu.


Mungkin mereka menyerbu kerana mereka tahu bahawa Mat Sabu tiada dirumah yang tinggal hanyalah isterinya Normah.

Jadi peluang ini digunakan mereka untuk menunjukkan kejantanan dengan tujuan untuk menakut-nakutkan isteri Mat Sabu.

Yalah.. nak takutkan Mat Sabu.. mereka sendiri, takut jadi mereka takutkanlah isterinya, tak dapat tanduk.. telingapun jadilah..

Samada ianya adalah malang atau sememangnya mereka menyedari bahawa rumah itu tiada berpenghuni langsung tetapi hanya kerana untuk membuktikan kepada wartawan merekalah penyokong Pejuang Bangsa mereka menyerbu juga rumah yang kosong itu.

Mungkin juga mereka menyerbu rumah yang kosong itu kerana mereka juga takut akan isteri Mat Sabu.. entahlah.. tapi mungkin juga..

Ketika kejadian tiada penghuni di rumah Mat Sabu itu kerana Isterinya Normah berada di Hospital Alor Setar kerana menjaga ayahnya yang sakit..

Kesian kat wartawan yang ikut depa tu… kena tipu dengan pencacai UMNO..

*Terima kasih Pak Bakar kerana SMS pada pukul 8:12 malam semalam.. dan terima kasih juga buat sahabat (SINI) dan juga (SINI)yang mula menyiarkan berita kerana aku berada di luar kawasan…Anak Sungai Derhaka

3 comments:

Ahmad albab said...

Assalam

Golongan songkok 3 jengkal ni menghabiskan duit kerajaan saja. Tak guna dapat biasiswa kerajaan/UMNO tapi akal macam lepasan tadika aje. Cukuplah berperangai budakx. Gunakan akal tu untuk majukan melayu tanpa batasan politik dan emosi aje. Fikirkanlah macamana nak memajukan melayu dijalan agama, fikiran, fikrah dan ekonomi masa hadapan.

Ahmad albab said...

Assalam

Golongan songkok 3 jengkal ni menghabiskan duit kerajaan saja. Tak guna dapat biasiswa kerajaan/UMNO tapi akal macam lepasan tadika aje. Cukuplah berperangai budakx. Gunakan akal tu untuk majukan melayu tanpa batasan politik dan emosi aje. Fikirkanlah macamana nak memajukan melayu dijalan agama, fikiran, fikrah dan ekonomi masa hadapan.

Anonymous said...

biasalah diorang cuma berani baling batu sembunyi tangan.. berani dengan perempuan... depan perempuan nak tunjuk kejantanan tapi depan lelaki rupanya macam gay kalau depan Mat sabu diorang jadi macam maknyah agaknya...

Aku sokong Ahmad Albab...