Monday, September 5, 2011

MARI BACA !!! Bagaimana Khoo Kay Kim, seorang profesor putar belit sejarah

Menurut Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, seorang yang juga dikenali sebagai tokoh sejarah terkemuka tanah air Mat Indera bukan anak tempatan.

Katanya “Dia (Mat Indera) berasal dari Indonesia, bukan rakyat jajahan takluk kesultanan Melayu.”

Oleh itu tambahnya lagi “Mat Indera atau nama penuhnya Ahmad bin Indera bukan seorang pejuang kemerdekaan yang menentang British.”


“Sejarah diputar belit oleh ahli politik dari kedua – dua belah gabungan politik. Mereka tidak memahami sejarah,” kata Dr Khoo

Itu kata Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim mengenai sejarah Mat Indera, aku tak tahu sumber rujukannya dari mana punya buku sejarah..

Adakah benar apa yang dinyatakan oleh Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim itu bahawa Mat Indera adalah orang seberang?

Cuba baca sebahagian dari artikel XPDC Menjejak Mat Indera dibawah ini..

Menurut Pak Johan (gambar), mereka mempunyai 8 orang adik-beradik. Mat Indera, atau nama penuhnya Ahmad bin Indera merupakan anak kedua dan Pak Johan adalah anak yang bongsu.

Salasilah keluarganya ialah Ahmad bin Indera bin Salleh bin Husin. Husin inilah yang dikatakan dari keturunan Datuk Bentara Husin Lela, Pahlawan Siak Seri Inderapura yang pernah menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

Beliau (Mat Indera) dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor.

Bagaimanapun kerana anak yang pertama sudah meninggal dunia ketika masih kecil, Mat Indera seolah-olah sudah menjadi anak sulung dan memegang tanggung jawab menjaga 6 adik-beradiknya yang masih kecil. Ibu mereka meninggal dunia ketika Mat Indera berusia 18 tahun, Pak Johan pula baru berusia 2 tahun.

Mat Indera pernah berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim. Menurut Pak Johan, disebabkan Mat Indera pernah menjadi anak murid kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan inilah yang menjadikan faktor mengapa Sultan Ibrahim enggan menandatangani surat hukuman gantungnya selepas Mat Indera dituduh bersalah.

Sepenuhnya sila baca di (SINI)

Mat Indera dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor menurut adik Allahyarham Mat Indera sendiri.. dan kata Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, Mat Indera adalah orang seberang..

Jadi siapa yang memutar belit Sejarah untuk kepentingan peribadi sekarang? Mat Sabu, Pak Johan atau Khoo Kay Kim??


‘Mat Indera bukan pejuang kemerdekaan’

PETALING JAYA: Seorang tokoh sejarah tampil menjelaskan bahawa Mat Indera atau nama penuhnya Ahmad bin Indera bukan seorang pejuang kemerdekaan yang menentang British.

“Komunis ketika itu cuba mewujudkan orde baru dunia berdasarkan fahaman komunis dan Mat Indera seorang penyokong gerakan komunisme,” jelas tokoh sejarah terkemuka, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berkenaan latar belakang Mat Indera yang mengetuai serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950.

Isu berkenaan Mat Indera sebagai ketua kumpulan Parti Komunis Malaya yang terlibat dalam serangan Bukit Kepong menjadi kontroversi apabila timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dalam ceramahnya di Pulau Pinang mendakwa bahawa komunis yang terlibat adalah pejuang kemerdekaan sebenar, lapor Utusan Malaysia pada minggu lepas.

Khoo turut menjelaskan bahawa Mat Indera bukan anak tempatan.

“Mat Indera orang seberang.

Asal Indonesia

“Dia berasal dari Indonesia, bukan rakyat jajahan takluk kesultanan Melayu.”

Khoo turut menyatakan bahawa sejarah diputar belit oleh ahli politik untuk kepentingan diri.

“Sejarah diputar belit oleh ahli politik dari kedua – dua belah gabungan politik. Mereka tidak memahami sejarah,” kata Dr Khoo ketika ditanya sama ada sejarah dimanipulasi oleh golongan politikus.

Beliau turut melontarkan persoalan kepada Mohamad Sabu – “Adakah Mohamad Sabu memahami sejarah ketika itu?”

Beliau menambah, masyarakat hanya sedar berkenaan serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong kerana pembikinan filem Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.

“Sebenarnya serangan komunis ke atas balai polis bermula lebih awal. Saya menyaksikan serangan balai polis oleh komunis di dalam tahun 1945 di Teluk Anson yang kini dikenali sebagai Teluk Intan, Perak.

Free Malaysia Today

4 comments:

Unknown said...

Prof.Khoo pun sebenarnya takut nak bercakap benar dalam soal sejarah, takut puak UBN melenting. Ini hal biasa. Ahli sejarah kita memang takut hendak melontarkan pendapat baru, semua ikut yang sudah ada. Fakta tetap fakta...

bunbinban said...

bodoh rupanya prof ni....abis. onn jaafar, tunku abdul rahman dan yg lain2 tu asal mana?. prof tu sendiri asal mana?. nak bodek agak2 la prof, dah nampak bangang

miji said...

Aduhai prof. Mat Indera asal Indon ke? belah mana tu? daftar biometrik tak? hehe adik beradiknya pulak macam mana? aduh.. mungkin prof sorang ni fobia bila cerita pasal komunis, kalau sebelah mat sabu karang atau anggap mat indera tu pejuang takut2 kena cop saki-baki komumis pulak. tak gitu prof? maklum la nama prof ni KHOO KAY KIM sedangkan yang nama MOHAMAD SABU pun boleh dikata sokong komunis. hehe.. relex la prof, nyatakan je yang benar walaupun pahit.. hehe

Anonymous said...

prof cukong ni asal dr mana? Datuk nenek moyang aku asal bugis. P Ramlee pun asal seberang. Cukong bangsat ni pun buta sejarah juga. sejarah yg dia belajar tu dah diolah, dimanipulate ikut selera kerbau balau dan diteruskan oleh pecacai-pecacai kat atas tu!..Al Fatihah utk Arwah Mat Indera...