Monday, September 19, 2011

MARI BACA!!! Kenapa janji Najib tak boleh percaya ?


Nak tau kenapa semua dah tak caya dengan malaon nama dia Najib ??

1) Kuat kencing tak basuh merata-rata

Tak habis-habis tipu sana, tipu sini

Kenapa sampai sekarang janji masa pilihanraya Permatang Pauh kat masjid dengan surau sampai sekarang tak selesai selesai

Ingat lagi pilihanraya Sibu?? Sapa yang cakap "You help me, I help you" kah kah kah...

Last-last abuk pun tarak bila kalah

2) Kuat entot-entot


Siapa yang kena letup dengan C4 kat Puncak Alam lepas jadi penyedap

Siapa yang terkantoi kat Port Dickson dengan "Sekebun cinta nan berbungaaa..."

3) Kuat ugut klepet


Macam mana Perak boleh jatuh kalau tak dengan ugutan Najib mintak Vinsetan RM58 juta beli Hee Yit Foong dengan dua ekor katak Jamaluddin Radzi dan Osman Jailu

Macam mana Nasaruddin yang dah masuk PKR tiba-tiba keluar jadi Umno-APCO balik kat Putrajaya kalau tak kena ugut dengan fail rasuah

Ada sapa-sapa lagi nak tambah "budi dan jasa" Najib jahanamkan Malaysia??

JALAN PULANG



Janji Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hanyalah setelah Perdana Menteri sedar bahawa rakyat sudah hilang keyakinan dengan kepimpinan kerajaannya.

Malah, janji itu juga dibuat selepas kerajaan Malaysia dikecam hebat di dalam dan luar negara berikutan salah guna kuasa serta kekerasan yang melampau pihak berkuasa terhadap pehimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.


Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, tekanan terhadap Najib daripada kalangan orang-orang kanan kerajaan sendiri membuatkan beliau terpaksa berjanji untuk memansuhkan ISA.


“Jika rakyat tidak percaya kepada janji Najib, ia adalah salahnya sendiri kerana rekodnya sebagai Perdana Menteri sejak April 2009 tidak menunjukkan dia berani melaksanakan apa yang dijanjikannya,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Roketkini.com.


Sehinggakan Najib terpaksa mempertahankan janji memansuhkan ISA itu kononnya ia adalah usaha BN sendiri walau pun rakyat melalui pelbagai NGO dan parti-parti pembangkang telah mendesaknya sejak lebih 40 dekad lalu.


Kit Siang berkata janji-janji Najib hanya boleh dipercayai jika beliau berani menangani lima persoalan utama:


* Adakah dengan pemansuhan ISA dan pindaaan undang-undang lain akan dilaksanakan sebelum pilihan raya umum akan datang atau ia cuma umpan janji-janji pilihan raya BN?


* Adakah undang-undang yang akan menggantikan akta-akta zalim yang dimansuhkan itu bakal melahirkan undang-undang yang sama kejamnya dalam bentuk baru; contohnya, memansuhkan ISA tetapi menggubal undang-undang baru yang sama seperti ISA?


* Adakah Najib akan menyokong pemansuhan undang-undang zalim dan kejam seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi?


* Adakah Najib sanggup memansuhkan semua peruntukan dalam undang-undang yang selama ini telah memperlekehkan doktrin pemisahan kuasa termasuk yang tidak membenarkan penelitian semula (judicial review) terhadap keputusan kuasa eksekutif?


* Adakah Najib akan menyokong usul di Parlimen untuk menerima konvensyen-konvensyen hak asasi antarabangsa, khususnya Piagam PBB mengenai Hak Sivil dan Politik serta Piagam PBB mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya?


Kit Siang menegaskan kejayaan rakyat mendesak Najib untuk berjanji menghapuskan ISA adalah melalui usaha serius menentang penindasan dan penipuan kuasa, terutamanya melalui perhimpunan aman Bersih 2.0.


“Sebelum Najib berangan-angan mahu menjadikan Malaysia sebagai ‘negara demokrasi terbaik di dunia’, beliau perlu menjelaskan kepada rakyat, bila beliau mahu menarik balik pengharaman Bersih 2.0 dan bila beliau akan menarik balik tuduhan terhadap mereka yang ditangkap kerana kempen Bersih 2.0?” soalnya.

No comments: