Wednesday, September 28, 2011

Pelbagai kaum hadiri rumah terbuka PAS Cawangan

PARIT BUNTAR : Kira-kira 1,000 tetamu daripada pelbagai kaum dan latar belakang hadir bagi memeriahkan majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran PAS Kuala Bagan Tiang dan PAS Pekan Bagan Tiang di sini.

Dengan pelbagai juadah popular Hari Raya yang dihidangkan, majlis rumah terbuka PAS tidak putus-putus menerima kehadiran orang ramai, baik di kalangan orang tempatan mahupun masyakat sekitar.

Pengarah program Ahmad Bahtiar Arshad berkata, kehadiran begitu ramai kaum bukan Melayu ke majlis tersebut adalah kerana Kuala Bagan Tiang mempunyai peratusan bilangan kaum bukan Melayu yang agak tinggi.

“ Kehadiran orang ramai yang berbilang kaum pada majlis rumah terbuka itu membuktikan bahawa kaum bukan Melayu masih lagi bersama-sama PAS dan PR.

“ Melayu, Cina dan India duduk makan bersama serta berbual mesra membuktikan keharmonian kaum yang sedia terjalin di kawasan ini” katanya

Ahmad Bahtiar berkata , acara ini akan dijadikan acara tahunan yang telah diadakan sejak beberapa tahun yang sebelum ini.

“ Uniknya bila majlis seumpama ini diadakan ia dapat memperlihatkan semangat gotong royong yang tinggi di kalangan penduduknya.

majlis ini juga mengeratkan lagi hubungan antara penduduk tempatan walaupun berlainan fahaman politik “katanya

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Pengerusi DHPP Perak Beh Heng Khim , Yang DiPertua PAS Parit Buntar Harun Hashim, ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari dan AJK PAS Parit Buntar.




No comments: