Wednesday, September 14, 2011

Zaid, KITA ' bernafas dalam lumpur'

http://2.bp.blogspot.com/-vdJ252IXV6w/TWXbQaId8VI/AAAAAAAAAE8/JCkCwJbwk-E/s1600/logo-kita1.pngSesudah gagal mengatasi Azmin Ali dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR, bekas ahli parlimen Kota Bharu ini nampaknya kian tertekan dengan masalah dalaman parti yang ditukar dari AKIM kepada KITA.

Zaid Ibrahim kini bersendirian mengendalikan parti itu selepas keputusannya membuang dua ahli kanan dan tidak mahu keputusannya dipertikaikan.


KITA tidak lagi dianggap sebagai "Kuasa Ketiga" bagi menyaingi pengaruh dua puak besar dalam politik Malaysia iaitu Barisan Najis (BN) dan Pakatan Rakyat.


Apa sudah jadi Zaid?


Sepatutnya Kuasa Ketiga mampu menyaing dan memberi alternatif terbaik buat rakyat, tetapi dengan perkembangan terbaru ini sah hanya Pakatan Rakyat yang mampu menjadi alternatif buat Barisan Najis.


Walaupun dikhabarkan Zaid bersetuju dengan beberapa pendekatan yang dilakukan Najib Altantuya yang membuatkan Pakatan Rakyat tidak selesa, tetapi kini Pakatan Rakyat boleh menarik nafas lega seketika kerana KITA sudah dianggap "lumpuh" dan tidak mampu menyelesaikan pertikaian dalaman sendiri.


Biarkan Zaid bernafas dalam lumpur dan tenggelam dengan impiannya buat selama-lamanya.



Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), yang diterajui bekas pemimpin PKR Datuk Zaid Ibrahim, menyaksikan keretakan awal dengan dua pemimpin kanan dikenakan tindakan disiplin — seorang digantung manakala lagi seorang dilucutkan jawatan.


Muhammad Firdaus Christopher, ahli jawatankuasa eksekutif, dikenakan tindakan digantung keahlian manakala Abd Latif A Tambi pula dibuang daripada jawatannya sebagai setiausaha pusat parti.


Muhammad Firdaus ketika dihubungi The Malaysian Insider menyifatkan Zaid (gambar) mengendalikan parti itu sebagai seorang diktator dan tidak mahu mendengar pandangan orang lain.


“Wujud banyak kepincangan dalam parti. Kami sudah hilang keyakinan dengan kepimpinan Zaid . . . sudah tidak yakin dengan beliau,” kata beliau yang sebelum ini pernah dianggap sebagai antara orang kanan Zaid.


Katanya, sekiranya Zaid sebelum mendakwa banyak perkara tidak kena dalam PKR sehingga menyebabkannya keluar parti itu, “beliau seolah-olah mengendalikan Kita seorang diri.”


“Saya sedia untuk membayar apa sahaja kos selagi kebenaran didedahkan dan akan terus berjuang untuk mengetengahkan tentang salah laku, ketidakadilan dan sikap diktator seorang pemimpin,” kata beliau lagi.


Muhammad Firdaus juga membayangkan parti itu berhadapan dengan masalah kewangan dan dua penyandang jawatan bendahari telah pun ditukar sebelum ini.


Dalam satu kenyataan dikeluarkan malam tadi, oleh Setiausaha Kerja Kita Masrum Dayat berkata, “parti kita ingin memaklumkan bahawa laman web, Twitter dan Facebook parti ini telah tidak dapat dilayari seperti biasa kerana mengalami masalah teknikal.”


Katanya, tidak mustahil ada pihak yang yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan perkara itu berlaku.


“Pihak pentadbiran Parti sedang berusaha memulihkannya dan dijangka dapat digunakan seperti biasa minggu depan,” kata Masrum.


Malah menurut Masrum, pada masa yang sama Kita memaklumkan bahawa bahawa Muhammad Firdaus telah digantung keahliannya kerana melalui Facebooknya beliau dengan jelas telah membuat tohmahan liar yang tidak berasas termasuk menghina Zaid.
JALAN PULANG

No comments: