Wednesday, October 26, 2011

15 TAHUN DALAM PENJARA REGIM!!! Pemimpin An-Nahdah seorang jurutera bakal Perdana Menteri Tunisia

Berikutan kemenangan dalam pilihanraya Tunisia pada Ahad 23 Oktober, An-Nahdah menamakan Setiausaha Agungnya, Hamadi Jebali merajui kerajaan baru Tunisia.

Pilihan tersebut disahkan oleh Said Firjani, Jawatakuasa Komunikasi parti An-Nahdah kepada rangkaian berita A-Jazeera.

Namun, Said berkata, keputusan muktamad adalah terpulang kepada parlimen Tunisia.

Beliau juga mengesahkan, An-Nahda tidak akan menuntut jawatan President yang berkemungkinan di serahkan kepada Perdana Menteri kerajaan peralihan, Beji Caid Sebsi.

"terpulang kepada parlimen, untuk memutuskan kedua-dua jawatan tersebut, Jebali adalah calon yang yag sesuai (sebagai Perdana Menteri), jawatan Presiden akan diserahkan kepada parti lain,"kata Said Firjani.

Hamadi Jebali, 63. adalah seorang jurutera dan penerbit akhbar, sebelum dipenjara oleh pihak berkuasa Tunisia selama 15 tahun.

Beliau dibebaskan dengan syarat dari penjara Tunisia pada 26 Februari, 2006, telah ditahan pada November 1990.

Jebali menerima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan mekanikal dari Universiti Tunisia dan ijazah sarjana dalam bidang kejuruteraan tenaga solar dari University of Paris.

Beliau adalah salah satu daripada pemimpin-pemimpin An-Nahdah yang paling menonjol kerana lantang mengkritik terhadap dasar-dasar kerajaan Tunisia.

Beliau pernah berkhidmat sebagai ahli majlis Eksekutif An-Nahdah dan sebagai Ketua Pengarang akhbar mingguan organisasi Al-Fajr (Dawn).

Pihak berkuasa Tunisia awal tahun 1990 telah menuduh Hamadi Jebali terhadap salah laku dalam tiga kes berasingan, semua yang melibatkan ungkapan pendapat dan percakapan beliau.

Dalam kes yang pertama, pada 10 Oktober 1990, Jebali menerima hukuman penjara enam bulan dan denda sebanyak 1,500 dinar kerana berucap "menggalakkan pencabulan undang-undang" dan "menyeru pemberontakan."

Beliau telah menerbitkan sebuah artikel oleh pemimpin An-Nahdah, Rashid Ghanoushi bertajuk "orang-orang Negeri atau Negeri rakyat?" dalam Al Fajr pada Jun, 1990.

Dalam artikel itu, Ghanoushi dilaporkan mengkritik kerajaan untuk "tidak berkhidmat untuk kepentingan rakyat."

Hamadi dituduh melanggar Perkara 13 Akta Akhbar Tunisia 1975 Akhbar Tunisia, yang mewajibkan penerbitan sesebuah akhbar mestilah mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Kementerian Dalam Negeri sebelum ia dicetak.BO

No comments: