Wednesday, October 12, 2011

BAJET 2012 !!! Wall Street Journal pun tak boleh terima, banyak sangat 'buah tangan'

http://www.fuhsantai.com/wp-content/uploads/2011/10/Bajet-2012.jpgNajib berkata kerajaan menggunakan pakar-pakar dari Kementerian Kewangan, Bank Negara, Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan lain-lain untuk menyiapkan bajet 2012 itu.

“Bukan pak pandir. Semua pandai-pandai dan ada kelulusan Phd... Bajet kita bukan untuk sedapkan hati rakyat, kita tidak tipu rakyat. Sebaliknya ia merupakan komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya semasa berucap pada majlis lawatan mesra rakyat di Ladang Tuan Mee, Ijok,Selangor ,Sabtu lalu.

Kenyataan dari Wall Street Journal dibawah menjadikan Budget 2012 yang telah dibentangkan oleh Najib itu nampak macam hasil kerja Pak Pandir..ASD


WSJ: Ekonomi Malaysia tak akan tumbuh dengan hanya ‘buah tangan’

KUALA LUMPUR, 12 Okt — Pemberian ‘buah tangan’, yang diumumkan dalam jumlah yang banyak menerusi Bajet 2012, oleh Perdana Menteri Datuk Najib Razak minggu lalu tidak akan membantu pertumbuhan ekonomi Malaysia, kata Wall Street Journal (WSJ).

Sebaliknya laporan akhbar itu berkata pentadbiran Najib perlu memperkenalkan pembaharuan-pembaharuan menyeluruh untuk membantu Malaysia mencapai pertumbuhan yang diharapkan.

WSJ juga mengkritik Najib kerana gagal mengadakan tindakan pelaksanaan ke atas janji-janji mahu memperbaiki kelonggaran dalam dasar-dasar ekonomi dan perundangan yang memihak kepada Bumiputera.

“Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengumumkan satu bajet yang penuh dengan pemberian untuk mendapatkan undi pada pilihan raya umum akan datang, dijangka dalam tempoh enam bulan lagi. Dalam proses ini, beliau menghancurkan harapan pembaharuan ekonomi yang diperlukan untuk menggalakkan pertumbuhan,” kata WSJ.

“Kombinasi pemberian sementara dan pemotongan cukai pada satu sebelah dan perbelanjaan kebajikan di satu sebelah yang lain tidak membantu daya saing Malaysia,” katanya lagi.

Laporan itu merujuk kepada pemberian tunai dalam jumlah yang besar kepada 1.3 juta kakitangan awam dan pengecualian cukai dan yuran kepada pemandu-pemandu teksi dan juga ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah.

WSJ berkata Najib telah meliberalisasikan pelaburan asing dalam 17 subsektor, yang mewajibkan warga asing menjadi rakan kongsi dengan usahawan Melayu sebelum boleh mengadakan bisnes di negara ini.

Bagaimanapun ia menekankan, pendekatan pembaharuan itu tidak akan membawa impak kerana hanya beberapa pekerja yang diambil adalah orang Melayu, yang merupakan majoriti penduduk negara ini dan merupakan kumpulan sasaran tindakan afirmatif.

“Kerajaan perlu mengadakan pembaharuan yang besar dalam industri-industri seperti pengeluaran di mana peraturan memberikan dominasi kepada orang Melayu,” katanya lagi.

“Najib ada bercakap mengenai (usaha) mengadakan perubahan-perubahan radikal ketika membentangkan Model Baru Ekonomi tahun lalu, tetapi terus mengecewakan pengundi tanpa tindakan pelaksanaan susulan,” kata akhbar itu.


The Malaysian Insider

1 comment:

Anonymous said...

helloooo..Tuan tanah...kita punya pakar ekonomi more more smarter than WSJ punya pakarlaa..jgn pandang rendah kebolehan anak tempatan...tengok UM dah terkeluar dari 10,000 univertsiti terbaik di dunia sekarang ni entah no berapa punyalaah hebat UM krn bakal mengeluarkan pakar ekonomi terhebat abad ini....satuuuu, satuuuuu (sambil menjuihkan mulut) malaysiaaaa..