Tuesday, October 11, 2011

KANTOI!!! Mat Rempit Upahan RM 10 kacau ceramah Mat Sabu ditahan, tapi polis arah lepaskan

Dengan upah RM10, dan tangki minyak motorsikal yang penuh. Sekali lagi mat rempit-mat rempit upahan regim Umno ini mengganggu program ceramah Pakatan Rakyat di Kg Tahang Rimau, Segamat. Bagaimanapun kali ini untuk mereka mengulangi sekali lagi kebiadaban seperti di Labis sehingga seorang anggota Unit Amal mendapat 7 jahitan kerana dibaling objek dipercayai besi tidak kesampaian.

Dengan kekuatan Unit Amal dan komrad anak muda SAMM dari seluruh Johor. Kali ini kita lebih bersedia. Seperti yang dijangka, ketika che'guBard menyampaikan ceramah, provokasi daripada mat rempit-mat rempit upahan Umno ini bermula.


Mereka dipercayai berpecah kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama membuat bising dan kecoh di laluan utama dan kumpulan kedua membaling mercun di laluan belakang tapak ceramah. Bagaimanapun kawalan di belakang tempat ceramah agak kurang kerana ramai anak-anak muda SAMM dan Unit Amal yang berkawal di laluan utama. Baru sahaja dianggarkan 7-8 buah motorsikal melalui laluan jalan utama sambil membuat bising mereka sudah dikepung oleh orang ramai dan komrad SAMM. Ketika semakin orang ramai membantu menahan mat rampit-mat rempit inilah dipercayai kumpulan mat rempit kedua melalui laluan belakang pentas ceramah dan membaling mercun bola.



Provokasi dimulakan ketika che'guBard sedang berceramah.


Kerana persediaan dan kawalan yang lebih rapi, maka kali ini tidak ada seorang pun mat rempit daripada kumpulan pertama ini terlepas. Dengan keadaan mabuk dan mulut berbau arak akhirnya mereka mengaku mereka menerima upah dan arahan daripada Ayub (dipercayai ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat) sebanyak RM10 dan minyak motor yang diisi penuh. Menurut anggota Unit Amal yang bertugas di Labis tempoh hari, mereka mengecam kumpulan mat rempit ini adalah kumpulan yang sama bertanggungjawab membaling objek ke muka seorang anggota Unit Amal ketika program ceramah Sdr Tn Hj Md Sabu.


Bagaimanapun apa yang mengecewakan, polis meleraikan kepungan dan memberikan arahan untuk melepaskan kumpulan mat rempit ini sebaik saja nama
'Ayub' disebut. Atas dasar menghormati arahan daripada pihak berkuasa, kumpulan mat rempit ini akhirnya dilepaskan dengan selamat tanpa cedera walau sedikit pun!.

Antara kumpulan penyokong, Unit Amal dan SAMM yang mengepung kumpulan mat rempit ini.

Anggota polis mengawal keadaan selepas insiden pengepungan kumpulan mat rempit oleh orang ramai.

Jika benar bahawa kumpulan-kumpulan mat rempit ini diupah oleh Datuk Ayub maka terbuktilah bahawa mereka adalah terdiri daripada pemuda Umno di kawasan Parlimen Sekijang. Lebih memalukan mereka sekadar menggunakan sekumpulan mat rempit untuk mengganggu program ceramah Pakatan Rakyat yang sudah mendapat permit daripada pihak berkuasa. Jika benar mereka tidak puas hati dengan kehadiran Tn Hj Md Sabu, silakan hantar ketua atau wakil Umno untuk bertemu. Bukan menabur wang RM10, minuman keras dan tangki minyak motorsikal diisi penuh sebagai upah membuat provokasi. Lebih bacul lagi, jika kejadian seperti di Labis berulang sehingga seorang anggota Unit Amal yang tidak berdosa menerima tujuh jahitan.

Rakyat sudah muak dengan regim, mereka dahagakan maklumat. Kehadiran warga Segamat pada malam itu cukup menakutkan mereka. Cara terbaik untuk menakutkan rakyat, provokasi!.


Apapun tahniah kepada anak-anak muda SAMM yang sanggup datang jauh antaranya daripada Seremban, Gelang Patah demi untuk menghambat anjing-anjing provokasi ini, sehingga kumpulan mat rempit pulang menikus tidak berbunyi.



Tim. Presiden Pas, Tn Hj Md Sabu menyampaikan ceramah tanpa sebarang gangguan.


Che'guBard turun bertemu anak-anak muda SAMM selepas berceramah untuk mendapatkan maklumat berkaitan insiden kumpulan mat rempit yang ditahan Unit Amal dan SAMM.



Anak-anak muda SAMM meraikan kejayaan menghalang provokasi kumpulan mat rempit selepas program ceramah di sebuah restoran di bandar Segamat.PULAK DAH

4 comments:

Anonymous said...

Memang dah pasti grombolan yang selalu mengacau ceramah Mat Sabu tu adalah "tentra upahan UMNO".Wang saku RM10,tangki minyak motor penuh dan belanja minum arak pulak - sudah cukup untuk mat rempit.Anggota polis adalah pihak yang melindungi mereka sebab itu mereka berani kerana sudah dijanjikan pihak polis akan melindungi mereka.Ini semua kerja-kerja jahat grombolan UMNO.Lain kali belasah dulu baru serah pada polis.

Anonymous said...

POLITIK MURAHAN..
ADA BUKTI KE DIA TU DAPAT RM10??

TAK BAIK TUDUH2 TAU LAGI KERAS
TUDUHAN TU DORG DAPAT MINUMAN KERAS?

HEHEHEH..

Anonymous said...

bukti apa lagi , mat rempit tu dah mengaku . jangan berbelit la Luncai

Anonymous said...

Kalau berani buat hal mcm ni di Selangor, kami pengundi atas pagar sedia pertahankan Abg Mat nahas mat rempit upahan. kami rembat dgn buluh... kalau berani cubalah di Selangor....