Monday, October 10, 2011

MAK Oii!!! 400 ribu menganggur, Najib kata ekonomi meningkat



Menjawab soalan Dr Tan Seng Giew (DAP-Kepong) di Parlimen, Perdana Menteri Malaysia yang disayangi pencacai UMNO, Najib Tun Razak berkata ekonomi negara pada tempoh separuh pertama 2011 mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.4 peratus dan momentum lebih baik dijangkakan dalam separuh kedua tahun ini.

“Perbelanjaan penggunaan dijangka mencatat pertumbuhan kukuh berikutan peningkatan pendapatan hasil daripada harga komoditi yang kekal tinggi dan prospek pekerjaan yang stabil,” katanya.

Najib juga berkata pelaburan langsung asing negara telah meningkat kepada RM21.2 bilion pada tempoh Januari hingga Jun tahun ini berbanding RM12.1 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun 2010 dan RM3.5 bilion pada Jan-Jun 2009.

Kemusykilan aku di sini ialah bagaimana Najib boleh berkata Negara mempunyai prospek pekerjaan yang stabil sedangkan laporan dari Perangkaan utama Tenaga Buruh yang dikeluarkan pada June 2011 menunjukkan kadar penganguran Negara telah meningkat semula dari 2.9% Feb 2011 kepada 3.2% pada June 2011.



Laporan tersebut menyatakan nyatakan pada Mei 2011 jumlah rakyat Malaysia yang menganggur ialah 380,300 orang dan ianya telah meningkat menjadi 400,100 orang pada bulan June 2011.

Apakah benar dakwaan Najib tentang jumlah pelaburan asing yang dikatakan meningkat itu sedangkan dalam masa yang sama kadar pengangguran Negara juga meningkat?

Takkan semua pelabur asing tu melabur dalam Magnum dan 4D kottt….ASD

No comments: