Sunday, October 23, 2011

MENGIDAM MB Kedah!!! Peluang Tok Det jika Mat Bashah kalah

Mengapa Tok Det sering 'himpit' Tuanku Sultan


Oleh: Mat Chincang

Bukan rahsia lagi bahawa DS Mahdzir Khalid sering menempek dalam program rasmi kerajaan di mana ada Tuanku Sultan. Hal ini jarang berlaku sewaktu Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan DS Azizan jadi ketua pembangkang dulu.

Agak mengejutkan bukan setakat program rasmi Tuanku Tok Det hadir, program tak rasmi pun dia turut 'himpit' Tuanku. Dua tahun lalu Tuanku dan MB ke Australia, Tok Det ikut pi sama. Minggu lepas Tuanku dan MB pi Australia lagi, Tok Det ikut pi jugak.

Secara teori BN amat sukar nak menang di Kedah berdasarkan komposisi bukan Melayu yang tinggi. Untuk menang BN hanya mengharap kerusi majoriti Melayu sahaja, dengan itu kedudukan Tok Det di Pedu adalah lebih baik dari Datuk Mat Bashah di Bakar Bata.


Kalau Mat Bashah kalah belum tentu Tok Det jadi MB sebab masih banyak cabaran dari ADUN lain. Tapi mungkin Tok Det belajar dari pengalaman di Perlis dan Terengganu 2008, Perdana Menteri ada calon sendiri tapi Sultan atau raja lebih berkuasa untuk menolak kalau baginda tidak berkenan.

Adakah hal ini yg dilakukan oleh Tok Det dalam usaha menempatkan dirinya di posisi MB. Apatah lagi jika Tuanku Sultan yang ada kini adalah Yang Dipertuan Agong selepas PRU13 nanti.

Sekarang sudah terdengar desas desus bahawa Tok Det lebih berminat untuk bertanding di Parlimen Padang Terap. Adakah ini merupakan strategi Tok Det untuk mengurangkan tekanan dan serangan dari kumpulan Datuk Mat Bashah, sementara menunggu tarikh pembubaran parlimen?

Logiknya, takkanlah Tok Det nak cari nahas di tempat yang disandang oleh wakil PAS berbanding di tempat dia menang selesa lebih 2,000 undi (Pedu).Kedah La

No comments: