Wednesday, November 2, 2011

HEBATNYA POLIS MALAYSIA !!! Mengadu dicabul 11 polis, tapi pengadu yang kena dakwa

Tujuh tahun yang lalu, seorang pengurus akaun membuat aduan bahawa dirinya dicabuli oleh 11 anggota polis tetapi mendakwa langsung tidak dimaklumkan berhubung sebarang siasatan.

NONENamun, kira-kira tengah malam, semalam, pihak polis akhirnya bertindak - tetapi sebaliknya wanita itu pula ditahan.

Beliau terpaksa bermalam di lokap polis sementara menunggu dihadapkan ke mahkamah hari ini atas pertuduhan menghalang polis daripada melaksanakan tugas.

Wong Bee Fong, 39, dikatakan menghalang tugas L/Kpl Mohd Faudzi Abdul Aziz di ibu pejabat Pasukan Gerakan Awam di Batu 9, Cheras, kira-kira jam 2.30 pagi pada 13 Ogos, 2004.

Beliau minta dibicarakan di Mahkamah Majistret Kajang di Putrajaya.

Bee Fong didakwa mengikut Seksyen 186, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman tiga bulan penjara atau denda RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Menurut peguam, Keppy Wong (atas, kanan), beliau dibenarkan ikat jamin RM2,000 yang dibayar oleh majikannya.

"Apayang terjadi kepada negara hari ini? Mereka (polis) boleh memaklumkan kepada beliau mengenai pertuduhan berkenaan tetapi sebaliknya menangkap beliau di tengah-tengah malam," katanya kepada Malaysiakini.

"Sudahlah dirinya dicabul kehormatannya, sekarang beliau terpaksa meringkuk di lokap pula.”

Bee Fong mendakwa bahawa beliau ditahan semasa sekatan jalan oleh polis di Taman Connaught, Kuala Lumpur kerana disyaki memandu ketika dalam keadaan mabuk.

Wong bee fong demonstrating how she was molested by policeSelepas berunding, dakwanya, beliau meminta anggota polis untuk mengembalikan lesen memandunya dan mengeluarkan saman.

Bagaimanapun, anggota polis berkenaan didakwa enggan berbuat demikian dan sebaliknya meminta rasuah sebanyak RM3,000.

Beliau kemudiannya memandu ke arah balai polis Batu 9 balai di Cheras, tetapi berkata sebuah kereta Proton Wira berwarna perang mengekorinya dan memaksanya mengubah haluan ke bangunan Pasukan Gerakan Awam.

Semasa Bee Fong keluar dari keretanya, 11 anggota polis didakwa menghampiri dirinya dan mula meraba tubuhnya.

1 comment:

batu pelangi/BZ said...

Apa yang nak dihariankan kerana inilah salah satu perkerjaan didunia
ini yang dijanjikkan NERAKA JAHANAM
oleh ALLAH SWT diakhirat kelak sekiranya penjawat itu melakukan
kezaliman dan salah guna kuasa semasa didunia ini.
Wallahua'lam.