Monday, November 14, 2011

PANAS !!! Ahli Parlimen BN minta Sahrizat letak jawatan

SEBELUM ini kita sudah lihat bagaimana Khairy Jamaluddin bertindak meng "kantoi" kan Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil berhubung skandal projek lembu nasional rujuk sini [Khairy bongkar rahsia]

Satu persatu skandal Shahrizat akan didedahkan untuk menamatkan karier politik beliau. Kalah bertanding pilihanraya tapi boleh jadi menteri, sudah tentu beliau memiliki ramai "musuh dalaman" yang cemburu kerana beliau "makan sorang".

Bung Mokhtar, Ahli Parlimen BN Kinabatangan, siang tadi dilihat bijak menyambut "bola tanggung" yang dilambung oleh Khairy, Ketua Pemuda Umno bagi melengkapkan gerakan menghumban Shahrizat dari kerusi empuk Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Mkini].

Mereka nak bergaduh, nak cantas-mencantas itu mereka punya pasal. Fakta yang penting di sini ialah wang rakyat RM257 Juta telah disalah gunakan dengan memberi projek lembu nasional kepada keluarga menteri.

Menteri yang dapat projek ini pula telah gagal melaksanakannya kerana dilihat tiada kelayakkan. Mana tidaknya, orang yang menguruskan projek ini tidak tahu bahawa lembu tidak perlu tinggal dalam kondominium mewah RM9.8 juta.

Berikut video rakaman kenyataan Bung Mokhtar itu. Ramai ahli parlimen Barisan Nasional yang turut menyokong kenyataan beliau. Bung Mokhtar juga mengugut akan menimbulkan isu ini setiap kali sidang parlimen berlangsung.


2 comments:

Anonymous said...

Memang patut sangat Shahrizat LETAK JAWATAN DENGAN SEGERA atau Najib kena PECAT Shahrizat dengan segera atas sebab salah laku tanpa tunggu lama2 hal ini. Dan SPRM dan Polis hendaklah siasat kes dia dan keluarganya dengan SEGERA dan jangan lengah2 lagi. Suami serta anak2nya hendaklah dipertanggung jawab keatas duit rakyat yang sudah disalah gunakan oleh keluarga Shahrizat..habis cerita! Anehnya mengapakah suami Sharizat tidak menjawab segala isu lembu ini sedangakan dia adalah dalam pengurusan serta anak2nya......

Anonymous said...

Dgn tercetusnya isu ini melayu patut sedar kebobrokan pentadbiran umporno, betul ke umporno membela nasib melayu atau kroni menteri? kalau itu pun melayu x faham, patutlah bangsa melayu kurang maju dan susah nak maju...... ade faham ke melayu berjiwa hamba, JOM KITA NYAHKAN UMPORNO PRU13 NANTI....