Tuesday, November 8, 2011

PAS Parit Buntar anjur korban perdana

PARIT BUNTAR, 9 Nov. : Sempena Aidiladha yang disambut seluruh umat Islam pada 10 Zulhijjah 1432 Hijrah, PAS Parit Buntar seperti tahun-tahun sebelum ini, menganjurkan Program Korban Perdana pada Hari Raya Aidil Adha pertama di perkarangan Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin.

Menurut Setiausaha Jawatankuasa Program Khairulzami Muhammad, sebanyak enam ekor lembu dikorbankan yang membabitkan penglibatan masyarakat sekitar Titi Serong.

“ Program ini bertujuan untuk meninggikan syiar Islam melalui ibadah korban serta mendekatkan PAS Parit Buntar dengan masyarakat melalui sumbangan daging-daging korban.

“ Selain itu ianya juga bertujuan untuk mengingat kembali peristiwa pengorbanan agung yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. ketika Allah menguji baginda supaya menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s. Demi ketaatan melaksanakan perintah Allah kedua-duanya sanggup mengorbankan kepentingan diri sendiri” katanya

Khairulzami berkata, urusetia program telah menyediakan penyembelih dan petugas yang akan melaksanakan kerja melapah dan memotong daging korban.

“ Secara keseluruhannya segala gerak kerja ini dilakukan berjalan lancar walaupun melibatkan enam ekor lembu yang dikorbankan.

“ Agihan daging korban kepada fakir miskin dibuat melalui wakil PAS Cawangan yang hadir mengambil daging korban” katanya

Tambahnya, selain program ibadah korban yang dianjurkan oleh PAS Parit Buntar. Program ibadah korban ini juga dilaksanakan oleh ahli-ahli PAS Cawangan di Markas, Surau dan Masjid tempat masing-masing.

“ Pas Parit Buntar sangat mengalu-alukan ibadah korban yang dilakukan oleh Pas Cawangan di tempat masing-masing.

“ Pas Parit Buntar juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu menguruskan ibadah korban Pas Kawasan pada tahun ini” katanya

Turut hadir ke majlis ibadah korban ini ialah Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim, Timbalan Yang Dipertua Abdul Bahrain Desa, Setiausaha PAS Parit Buntar Azhari Hadi dan pimpinan PAS Parit Buntar




Petugas sedang melapah dan memotong daging korban

No comments: