Friday, November 4, 2011

PENDEDAHAN TERBARU!!!! Tuduh DAP anti Melayu, hakikatnya UMNOlah anti-Melayu kerana menjadi dalang perobohan rumah Pantai Jerjak


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan pemimpin Umno adalah dalang di sebalik perobohan rumah penduduk kampung di Pantai Jerjak, Bayan Lepas.

Guan Eng pada sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang menegaskan, kerajaan negeri setakat ini tidak pernah merobohkan sebarang rumah tanpa memberikan pampasan yang sewajarnya.


Kenyataan ini sekaligus menafikan fitnah pihak pembangkang Pulau Pinang dan tindakan mereka yang sering memfitnah kerajaan Pulau Pinang sebagai anti-Melayu.


"Saya selalu difitnah anti-Islam oleh Umno dan anti-bukan Islam oleh Gerakan kerana menambah peruntukkan kepada majlis agama.


Dengan ini, yang anti sebenarnya di sini tidak lain tidak bukan Umno sendiri.


"Tindakan ini tidak memberikan apa-apa kepada rakyat termasuk orang Melayu sendiri malah menunjukkan keangkuhan umno sendiri dalam usaha menangani isu kemiskinan.


"Kerajaan Pakatan Rakyat berpendapat, tindakan tersebut tidak wajar dilakukan oleh sesebuah parti yang dipimpin oleh pemimpin Umno terutamanya rumah yang diroboh dihuni oleh mereka yang berumur 70 tahun.


"Kerajaan negeri akan cuba membantu mangsa dan tidak membenarkan sebarang permohonan syarikat pembangunan pemaju sehingga mangsa tidak diberikan sebarang pampasan yang sewajarnya dan ini prinsip perjuangan Pakatan Rakyat," katanya.


Ujar beliau, selama ini pihak kerajaan negeri akan berunding dengan semua pihak terutamanya pemaju sebelum membuat apa-apa keputusan terutamanya membabitkan perobohan mana-mana kawasan.


"Kita selalu berusaha untuk berunding. Biasanya pemaju sedia berunding seperti yang disebutkan tadi. Hanya mereka yang mempunyai kuasa sahaja tidak ingin berunding iaitu khususnya yang ada kuasa tidak lain tidak bukan yang menjadi pemimpin Umno. Itulah yang mereka rakus, angkuh dan tidak mahu berunding.


"Selalu kerajaan negeri dipersalahkan. Selalu saya sendiri yang kena. Semuanya tiada kaitan dengan kerajaan negeri dan kita lihat yang akhirnya buat perobohan adalah seorang pemimpin. Kita lihat di sini, yang roboh rumah kampung melayu adalah umno dan bukanlah kerajaan negeri," katanya.


Beliau percaya, rakyat Pulau Pinang akan tahu siapa yang sebenarnya merobohkan kampung Melayu adalah pemaju Umno sendiri.

5 comments:

Anonymous said...

PR patut dedahkan byk lagi pengkhianatan umporno kpd org melayu biar rakyat marhean tahu wajah sebenar pemimpin umporno..... setakat ini hanya melayu yg berjiwa hamba, menteliti subsidi dan melayu tongkat aje masih menyokong umporno... WAJIB kita nyahkan umporno/Be End PRU13 nanti,,,,, Dah 2 pemimpin umporno Pulau Pinang jadi PM tapi nasib melayu PP takok itu jugak...... Balik pulau bayan lepas la ni semua melayu terlepas......

Anonymous said...

mad sabu jgn purapura hang boleh tipu org melayu tapi hang tak boleh tipu allah aku kenal sapa mad sabu

tungkaran hati said...

DAP semakin lantang menentang Islam, PAS pula semakin jauh dari perjuangan Islam. PAS yang mendidik DAP atau DAP yang mendidik PAS....
fikir-fikirkanlah dengan bukan perasaan yan marah!

Salam Aidiladha.

Anonymous said...

tungkaran tak da hati , tak payah buat komen bodo kat sini. buat malu umporno je

Anonymous said...

Tunaikan segala janji Palsu PRU12 terlebih dahulu sebelum nak tuduh org lain, nih dah buat janji manifesto pastu kata manifesto bukan perjanjian. dah janji jgn tinggal janji. kalau korang tak berjanji kat rakyat, macamana rakyat boleh percaya dan undi korang semua, kalau tiada janji tiada undi