Friday, November 18, 2011

UMNO BELOT RAKYAT!!! Penyelewengan UMNO Selangor terus dibongkar

SHAH ALAM: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan beliau akan membongkar lebih banyak penyelewengan wang bernilai jutaan ringgit oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) Selangor, hanya menunggu masa yang sesuai sahaja.

Buat masa ini, beliau sedang mengumpul maklumat penyelewengan dan salah guna kuasa melibatkan mantan Menteri Besar Dr Mohamad Khir Toyo dan Ketua Pembangkang Datuk Mohamad Satim Diman.


“Ada beberapa kes melibatkan Khir Toyo yang saya akan kumpulkan jika perlu. Sebelum ini saya mendedahkan mengenai kes penyelewengan transaksi tanah di Science Park 2 oleh Satim.



“Dan di Ijok pula mengenai lot tanah Revolusi Hijau di Alam Perdana, yang telah dijual kepada Barisan Elit Sdn Bhd yang melibat Khir Toyo,” kata Khalid dalam sidang media selepas tamat sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini semalam.

Tegas beliau, “tujuan saya lakukan ini untuk menunjukkan perbezaan di antara Pakatan Rakyat dan BN. Pakatan menumpukan usaha untuk kebajikan semua rakyat dan tidak beri kepada kroni. Tapi BN, kroni mereka yang terlibat,” katanya.

Khalid juga menegaskan bahawa bukti yang melibatkan transaksi yang didedahkan beliau pada sidang dewan Selasa lalu adalah jelas.

Wang rakyat

Katanya, tindakan beliau itu bukan untuk menuding jari kepada individu yang bersalah, sebaliknya menjelaskan wang rakyat yang diselewengkan.

“Bukan nak cakap dia salah tetapi hasil yang dilakukan ini bukan untuk rakyat.

Transaksi yang dibuat juga sudah jelas. Itu yang saya hendak tunjukkan. Program Jom Shopping yang kita lakukan pergi kepada rakyat. Tapi sebaliknya apa yang berlaku dulu, beli tanah dari ejen dan beri pula kepada dia (individu yang menyeleweng),” katanya.

Selasa lalu, Khalid mendedahkan mengenai beberapa transaksi penjualan tanah di Science Park 2 di mana tanah kerajaan negeri telah diberikan kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPNS) dan dijual dengan harga murah kepada Nikmat Inai Sdn Bhd.

Satim adalah salah seorang pemegang saham dan Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu.
Malah terdapat usaha pengambilan tanah oleh Khir Toyo berhubung beberapa lot dijual kepada Barisan Elit Sdn Bhd untuk taman perindustrian walaupun tanah masih berstatus pertanian.

No comments: