Friday, December 2, 2011

GEBANG KAMAL SAIDIN!!! Buat mulut perwakilan UMNO tergangga, kena tipu hidup-hidup

Setiap kali mereka kecewa, mereka cuba tutup kekecewaan dengan 'memainkan tape recorder lama', cerita puluhan, ratusan malah ribuan ahli PAS dah menjadi 'sesat' untuk menyertai umno.

Cerita ahli PAS 'sesat' masuk umno ini umpama 'Skim Wajib Tayang' FINAS. Setiap kali perhimpunan agung atau menjelang pilihan raya, sama ada pilihan raya kecil, pilihan raya umum, cerita orang PAS lari menyeberang untuk menjadi sesat bersama umno sudah menjadi satu kemestian. Sepatutnya dah lama PAS tutup kedai kerana sudah ketiadaan ahli sebab habis melompat ke dalam dakapan umno.

Jika betullah cerita yang mengatakan 7,000 ahli PAS keluar parti protes Mat Sabu, orang pertama yang akan umumkan ialah Haji Presiden umno, Najib Razak. Sekurang-kurangnya dapatlah Haji Presiden mempertingkatkan rating yang semakin merudum. Agaknya mereka masuk umno secara haramjadah, sebab itu Haji Presiden tak tau.

Kamal Saidin ni siapa? Wakil Kedah mai belah mana? Pendang? Badut perhimpunan agung yang menggantikan Amirudin kut.. Hebat dia ni. Aset umno ni. Dia tahu 7,000 ahli PAS masuk umno sedangkan Haji Presiden sendiri pun tak tahu.

Dan dia tahu kesemua mereka ini memprotes tindakan Mat Sabu yang memperwirakan Mat Indera yang berjuang menentang British sebelum Malaya merdeka.

Si penglipurlara Kamal Saidin pastinya sudah boleh masuk senarai 'winnable candidate' untuk dicalonkan satu kawasan Parlimen dalam PRU Ke-13 nanti.

Umno dakwa 7,000 ahli PAS keluar parti protes Mat Sabu iktiraf Mat Indera

KUALA LUMPUR, 2 Dis ? Sekitar 7,000 ahli PAS di seluruh negara telah menyertai Umno selepas Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu mengiktiraf Mat Indera sebagai seorang wira perjuangan kemerdekaan, dakwa seorang perwakilan hari ini.

Kamal Saidin dari Kedah berkata, tindakan Mohamad yang turut dikenali sebagai Mat Sabu mengiktiraf Mat Indera merupakan satu aset kepada Umno kerana ramai ahli PAS marah kepada pemimpin utama mereka.

“Oleh itu saya ucap tahniah kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang tidak menangkap Mat Sabu walaupun beratus laporan polis telah dibuat kepada Mat Sabu,” katanya ketika mencadangkan usul agama, sosial dan pendidikan pada Perhimpunan Agung Tahunan Umno petang ini.

Katanya lagi, biarlah Mat Sabu menjelajah ke seluruh negara mengiktiraf Mat Indera sebagai pejuang kerana semakin banyak beliau berceramah, semakin ramai ahli PAS akan keluar dari parti itu.

Dengan menggunakan modal lamanya beliau menyerang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkawan dengan DAP.

Malah beliau turut membaca talqin kepada Hadi yang kononnya bila Presiden PAS itu mati, malaikat akan bertanya kepadanya kenapa berkawan dengan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh.

“Dahulu dia kata Umno kafir kerana berkawan dengan MCA dan MIC. Sekarang kenapa mereka tak baca ayat yang sama ketika PAS berkawan dengan DAP yang merupakan kafir harbi,” katanya.

Beliau sedih kerana PAS sanggup menggugurkan slogan negara Islam kerana takut kepada DAP yang anti Islam.

“Kini PAS menggugurkan slogan negara Islam dan menggantikannya dengan negara kebajikan. Jadi siapa yang memperjuangkan Islam selama ini kalau bukan Umno yang mengamalkan pendekatan wasatiyyah,” katanya lagi.

Menurut ahli jawatankuasa Umno Pendang itu, PAS haram berkawan dengan DAP yang tidak menerima hukum hudud.

- Zabidi Saidi - Malaysian Insider

1 comment:

Ali Mahmud said...

Skrip biasa lah tu. Dekat nak PRU ni.. beribu.. puloh ribu..hai ratus ribu ahli baru masuk Umno.. atau org2 PR nak masuk BN. Tapi jangan terkejut ya.. (Lembu2 lah tu.. yg banyak masuk kandang Umno.. masuk Condo pun ada siap dan siap belanja nak pergi Umrah pulak..) he..he..