Tuesday, December 6, 2011

Program cakna rakyat dapat sambutan masyarakat Cina

PARIT BUNTAR, 7 Dis. : Hampir 400 masyarakat Cina hadir ke Program Cakna Rakyat yang dianjurkan Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Parit Buntar.

Menurut Pengerusi Lujnah Kebajikan yang juga Pegawai Khas Ahli Parlimen Parit Buntar Abdul Bahrain Desa, program kebajikan bersama rakyat ini diadakan di Taman Kurau Indah dan antara acara disusun seperti khidmat kesihatan percuma, sumbangan kepada orang miskin dan ramah mesra bersama rakyat.

"Jamuan ringan seperti roti canai dan teh tarik juga disediakan untuk dinikmati masyarakat setempat.

"Program ini bertujuan memberikan khidmat kepada masyarakat dengan mendekati mereka dengan lebih dekat" katanya

Menurutnya, rata-rata masyarakat di sini cukup gembira apabila dapat beramah mesra dengan wakil rakyat dan amat berpuas hati dengan program yang dilakukan oleh pihak Pusat Khidmat dan PAS Kawasan.

Menurut Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Ong Choi Ee, program sebegini amat dinantikan oleh masyarakat Cina di sini.

"Apa yang penting wakil rakyat kita dapat bersama-sama merasai kehidupan penduduk di sini.

"Saya harap program ini dapat diteruskan ditempat lain kerana ia begitu banyak memberikan manfaat kepada kita semua" katanya

Turut hadir adalah Yang Dipertua PAS Kawasan, Harun Hashim, Pegawai Khas, Hamdan Fadel Ahmad, AJK PAS Kawasan serta AJK dan ahli DHPP Parit Buntar





Dr. Mujahid beramah mesra dengan orang Tionghua

No comments: