Sunday, January 1, 2012

36 pelajar terima sumbangan pakaian seragam sekolah

PARIT BUNTAR, 1 Jan : Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar mengucapkan terima kasih kepada beberapa organisasi yang memberi kepercayaan kepada mereka menjejaki pelajar miskin dan anak yatim yang layak diberi bantuan persekolahan.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Parit Buntar Hamdel Fadel Ahmad berkata, Pusat Khidmat Parlimen telah menjejaki pelajar miskin dan anak yatim tersebut di beberapa buah kampung di Parit Buntar.

“Seramai 36 orang pelajar miskin dan anak yatim telah dipilih untuk menerima bantuan persekolahan.

“ Kesemua pelajar ini telah dibawa ke sebuah pasaraya untuk memilih sendiri pakaian seragam sekolah termasuk kasut, beg dan alat tulis” katanya

Hamdan berkata, banyak organisasi meletakkan kepercayaan kepada Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar untuk menjejaki insan yang kurang bernasib baik.

“ Bantuan untuk pelajar sekolah ini adalah sumbangan Badan Kebajikan dan Amal al-Jauhar yang bekerjasama dengan Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar.

“ Pelajar yang dipilih dari keluarga yang benar-benar memerlukan bantuan tanpa mengira fahaman politik”katanya

Hamdan mengalu-alukan para dermawan yang mahu menabur bakti untuk terus menyumbang dan membantu pelajar miskin serta anak yatim di Parit Buntar menjelang musim persekolahan yang makin hampir.

"Kami cuba menyalurkan sebaik mungkin sumbangan anda itu kepada pihak yang memerlukan.

" Saya juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada penyumbang dan penderma yang memberi kepercayaan kepada kami" katanya

Turut serta bersama pelajar miskin membeli pakaian sekolah ialah Penyelaras Badan Kebajikan dan Amal al-Jauhar Siti Fadzilah Abd Manaf dan AJK Pas Parit Buntar.


Pelajar sekolah bersama pakaian sekolah masing-masing di hadapan Pasaraya Hari-Hari


Hamdan dan wakil penderma sedang menguruskan pembelian pakaian sekolah

1 comment:

Christijffc said...

Not always you will find the price you are looking for, but even if you can save five dollars, you are still in good shape. An ideal coffee maker is the one which fulfills your personal needs of making the right coffee. Magic Chef Microwave This is created to get unique functions that may make automatic withdrawals so that combined using the timer and power stage the optimum warmth so the technologies is utilized towards the Magic Chef microwaves could make the food cook evenly.