Wednesday, January 18, 2012

TERKINI UMNO MAKIN PENING!! Bekas presiden NUJ Hatta Wahari pula sertai DAP!


Bekas presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari (berbaju putih) secara sah menyertai DAP hari ini.

Dalam mesej di Twitternya semalam, Hata tidak menulis secara jelas akan perubahan besar yang bakal berlaku dalam dirinya.


Kini segalanya sudah terjawab dengan penyertaannya bersama DAP sebentar tadi.


Hata, bekas wartawan di Utusan Meloya, mengiringi jejak langkah dua lagi bekas ahli Umno-APCO iaitu bekas ADUN Pulau Manis, Mohd Ariff Sabri dan Aspan Alias.


JALAN PULANG



Ex-NUJ president Hata Wahari joins DAP

Former National Union of Journalists (NUJ) president Mohd Hata Wahari is the latest Malay to join the DAP.


Bekas presiden NUJ Hata Wahari sertai DAP

Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Mohd Hata Wahari menjadi orang Melayu terbaru yang menyertai DAP.

Setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng, dalam mengalu-alukan Hata, berkata beliau berharap bekas presiden NUJ itu akan terus berjuang demi kebebasan akhbar di negara ini.


"Saya percaya beliau boleh menyumbang kepada parti dan berjuang untuk kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar," katanya.


Awal bulan ini, penulis blog Sakmongkol AK47 yang juga bekas ADUN Pulau Manis dari Umno, Mohd Ariff Sabri Aziz juga menyertai parti itu.


Selain Sakmongkol yang merupakan bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan sehingga tahun 2004, turut dikatakan berbuat demikian ialah seorang lagi penulis blog Umno dan veteran parti itu, Aspan Alias.

1 comment:

KuntaKinte said...

Melayu- melayu yang kecewa dan ketinggalan bot.... menjual bangsa kerana telah menjadi bangsat !!!