Sunday, February 26, 2012

GEMPAQ!!! Ketua "Baru" Parti KITA dilaporkan "Tidak Siuman"

NONE
Parti KITA hari ini menafikan bahawa Zamil Ibrahim telah dilantik sebagai ketua parti yang baru menggantikan presiden, Datuk Zaid Ibrahim.

Setiausaha KITA, Masrum Dayat berkata “laporan akhbar yang memetik Zamil Ibrahim sebagai ketua parti baru menggantikan Datuk Zaid Ibrahim adalah satu berita lucu, kenyataan yang bebal dan tidak siuman, silap dan sama sekali tidak berasas.

"Ketua parti ini hanya boleh diganti mengikut perlembagaan dan peraturan parti dan bukan ikut sesuka hati sesorang bekas ahli yang dipecat secara sah atau ikut ‘syok sendiri.

"Mesyuarat yang dikatakan diadakan di Kota Bharu pada 25 Februari baru-baru ini bukan mesyuarat parti ini. Barangkali ia mesyuarat bekas ahli-ahli parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti pada 17 Februari lalu, dihadiri 25 daripada 30 ahli anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat, telah bersetuju sebulat suara menolak tawaran Zaid untuk mengundur diri.

Selain itu, beliau berkata parti itu tidak akan dibubar tetapi ahli yang menentang dasar parti untuk menyokong pembangkang akan diambil tindakan disiplin, termasuk memecat keahlian mereka. - Bernama

No comments: