Wednesday, February 15, 2012

KENA TAHU BEZA!!! Ponggal perayaan budaya, Thaipusam perayaan agama


Dok sibuk cerita sana sini - tau ke ape benda Ponggal tu?

Ponggal - Budaya, Thaipusam - Agama macam Tahun Baru Cina - Budaya, Wesak - Agama

Saya rujuk berita ini :
Anwar Gadai Akidah Kerana Undi. Saya belajar sikit-sikt dengan rakan-rakan India beragama Hindu dalam Diskusi Bulanan Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kota Raja. Dibawah ni adalah penerangan yg diberi. Kawan-kawan India tu kata Ponggal bukan perayaan agama - Wallahuaklam.

Perkataan 'pongal' adalah bermaksud 'masa menuai' dan ia menandakan masa untuk mereka menuai hasil tanaman mereka di masa lalu.

Di pagi hari pada pesta Pongal biasanya kaum wanita akan mengemas rumah dan menghiasi rumah dengan 'kolams'. Kolams ialah hiasan lantai yang diperbuat dari beras yang diwarnakan.

Biasanya kolams ini dibuat di depan pintu rumah, sebagai tanda selamat dan rahmat supaya isi rumah mendapat kesejahteraan.


Pada hari pertama, perayaan itu dipanggil Bhogi bagi menandakan permulaan penting dalam kehidupan masyarakat India. Pada hari itu, seluruh rumah dibersihkan dan barang-barang lusuh dibuang dan dibakar bagi menyingkirkan anasir-anasir buruk.


Pada hari kedua, beras yang dituai akan digunakan untuk memasak Ponggal sehingga ia melimpah keluar dari periuk. Perbuatan membiarkan masakan itu melimpah dikenali sebagai Ponggal dalam bahasa Tamil.


Surya Ponggal juga memberi penghormatan kepada tenaga matahari dan bermulanya hari pertama bulan Thai dalam kalendar Tamil.


Panjang lagi ceritanya - hangpa tanya sendirilah kawan-kawan India, jangan main belasah sahaja kalau tak faham. ~
parlimenkotaraja

3 comments:

slave of ALLAH said...

Kita kena terima hakikat bahawa yg salah tetap salah walaupun pahit utk ditelan... Walaupun ianya hanya budaya sesuatu kaum itu........ Aaahhh... Malaslah nak tuliz panjang2. Lu pikirlah sendiri...

Anonymous said...

Budaya bangsa tak salah nak raikan, mcm tahun baru cina. Jgn pandai2 jatuh hukum wahai slave of Allah.

Anonymous said...

hi, sy kumar.. sy indian.
Ponggal itu xda kne mengena sama itu agama.. kami sambut utk merai musim-musim menuai hasil. ia mcm pesta jg la machaa. xde doa,xde sembah2 tuhan jg.