Thursday, February 16, 2012

PELIK SUNGGUH SPR!!! Nak guna dakwat berbeza warna pula, nak menipu la tu

KUALA LUMPUR- Dewan Pemuda Pas tidak bersetuju dengan cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan dakwat kekal yang berbeza warna bagi pengundian awal dan pengundian biasa pada pilihan raya umumakan datang.

Ketua Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda Pas, Mohd Sany Hamzan berkata inikerana masih ada ruang untuk manipulasi dan penipuan sekiranya dakwat berbezaini digunakan.


"Penggunaan dakwat yang berbeza masih lagi tidak akan menyelesaikan masalahpengundi yang berganda. Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda Pas menegaskan kepada pihak SPR supaya menggunakan hanya satu warna dakwat kekal sahaja di dalam pilihan rayaumum nanti selain memastikan buku daftar pemilih pengundi diputihkan dandibersihkan sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam dilaporkan berkata SPRmembuat keputusan untuk membezakan warna dakwat kekal bagi undian biasa danundian awal bagi membantu kelancaran proses pengendalian pilihan raya yangtelus, bebas serta bersih sepenuhnya.

Sebanyak 230,000 botol dakwat kekal akan digunakan untuk 12.4 juta pengundipada pilihan raya umum akan datang manakala 10,000 botol dakwat kekal pulaadalah untuk pengundi awal termasuk anggota tentera dan polis serta keluargamereka.- Bernama

3 comments:

Anonymous said...

apa nak susah lak, pakai satu warna aje kan senang, apa jenis makhluk spr ni. bila kata bodoh nak marah tapi comfirm bodoh.

Anonymous said...

Sebab spr tipu tu lah, pembankang menang 5 negeri dulu !!!

Anonymous said...

hujah bodo pencacai umporno. hoi kalau spr tak tipu umporno pun dah tak wujud lagi