Wednesday, February 8, 2012

SIAPA PEJUANG MELAYU?!!! UMNO perintah Star (Bahasa Inggeris), PAS perintah Setar ( Bahasa Melayu)

ALOR SETAR – Kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk mewartakan penggunaan perkataan ejaan ‘Setar’ bagi menggantikan ‘Star’ yang digunakan pada Bandaraya Alor Star.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan telah bersetuju untuk mewartakannya pada Mac ataupun April tahun ini, berikutan maksud kedua-dua perkataan adalah berbeza walaupun sebutannya adalah sama.

“Star dalam Bahasa Inggeris maksud bintang, Setar adalah sejenis pokok, memang kita dengan bunyi sama, tapi pengertiannya berbeza.

“Masa Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong isytihar sebagai bandaraya dah sebut Setar, tapi telah berlaku perubahan kepada Star pada tahun 2003, jadi kita kembali kepada penggunaan asal,” ujar beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Aman, di sini.

Pada Februari 2009, beliau pernah mengumumkan untuk menukarnya, tetapi tiada keputusan untuk diwartakan dan hanya dikuatkuasakan selepas pihak Setiausaha Kerajaan Negeri mengeluarkan arahan penggunaan kepada semua jabatan.

No comments: