Sunday, February 5, 2012

TERUSKAN HJ. DZULKEFLY!!! Tak kan undur biar setapak

NUSAJAYA, 6 Feb 2012: Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor merangkap YDP PAS Kawasan Gelang Patah, Sr. Hj. Dzulkefly Ahmad menjelaskan bahawa beliau tidak akan patah semangat dan tidak akan undur setapak kebelakang walaupun rumah dan kereta beliau dibakar pada kejadian yang berlaku pada jam 3.40 pagi, 3 Februari yang lalu.

Sebaliknya beliau menyatakan bahawa beliau tidak panik dan menganggap ia adalah sebahagian daripada ujian di dalam perjuangan.


" Saya tidak panik dengan kejadian yang menimpa saya dan keluarga saya ini. Semasa kejadian, saya menyuruh ahli keluarga untuk keluar dari pintu belakang. Alhamdulillah saya dapat membuka pintu belakang dengan baik", jelas beliau ketika menceritakan kembali saat rumah dan kereta beliau dibakar kepada masyarakat sekitar Taman Universiti yang hadir ke majlis solat hajat untuk kejadian ini.



"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepada saya dan keluarga. Kehadiran pemimpin dari Pakatan Rakyat dan penduduk sekitar memberi sokongan moral kepada saya. Saya anggap ini adalah sebahagian ujian kepada saya dalam perjuangan ini", ujar beliau lagi.

Sementara itu, YB Salahuddin Ayob yang merupakan Naib Presiden PAS Pusat turut melahirkan kenyakinan kejadian sabotaj yang berlaku ini akan menguatkan lagi hati penyokong pakatan rakyat agar tidak gentar menghadapi musuh.


Turut bersama-sama hadir ke majlis solat hajat tersebut adalah Dato' Dr. Mahfodz Mohamed selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Saudara Mazlan Aliman selaku AJK PAS Pusat merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor dan Saudara Suhaizan Kaiat selaku Ketua Pemuda PAS Johor.

No comments: