Tuesday, March 27, 2012

3 BULAN RM 608.68 JUTA!!! Peruntukan segera Najib dan Muhyiddin, tapi mana peruntukannya ?





Ini ialah jawapan dari parlimen. Terima kasih YB, sebab upload benda neh kat dalam facebook yb. Mari kita sama2 perhatikan apa benda yang dimaksudkan dalam kenyataan di atas neh.

1. YB tanya piem berapa banyak peruntukkan segera yang telah diluluskan semasa lawatan rasmi najib dan muhyiddin ke negeri2.

2. Lepas tue jawapan bertulis yang didapati ialah ;

- jumlah peruntukkan segera yang diluluskan oleh piem dan tipiem ialah sebanyak

rm608.68 juta.

608.68 juta neh apa? Jumlah wang yang piem dan tipiem habiskan semasa melawat satu malaysia ka?

Bukan.

Jumlah peruntukkan segera yang diluluskan.

Contoh?

" Oleh kerana masyarakat orang asli taat dan setia kepada kita, saya tambah lagi 30 juta. " <-- Najib.

Inilah yang kita panggil express punya projek. Aku cenderung tak percaya kepada kewujudan angka2 neh. Siyes. Tapi dalam masa yang sama aku juga tak berapa nak suka membaca bila ada orang beranggapan bahawa najib round2 satu malaysia dan buang duit sebanyak rm608.68juta. Salah makna tue. Nak marah boleh tapi kena marah dengan memahami perkara yang sebenar. Barulah tujuan marah tue boleh disalurkan dengan betul.

Jawapan parlimen neh sepatutnya berdasarkan kepada fakta. Kalau diminta bukti, betul ka peruntukkan tersebut telah diluluskan, mungkin parlimen boleh bagi bukti tapi betul ke tak betul peruntukkan tue telah dibelanjakan atau akan dibelanjakan bagi kegunaan projek2 yang dicadangkan, itu belum pasti lagi.

Maksud aku disini ialah najib dan muhyiddin boleh pongpang cakap 10 juta sana, 10 juta sini, then bagitau kementerian kita telah luluskan 10 juta untuk itu, 10 juta untuk ini.. then bila masuk bab pelaksanaan dan perancangan masa tue baru kita boleh nampak sejauh mana benda neh akan pergi. Adakah ia mati tengah jalan or mati sebab tak cukup dana? Itu seme melibatkan perkara yang lebih dalam lagi der.

Lainlah kalau najib boleh bagi bukti bahawa peruntukkan2 segera yang diluluskan tue memang sedang berjalan. Maksud aku disini ialah jika ada bukti ia benar2 wujud, oke aku surrender dengan syak wasangka aku. Siyes.

Angka2 neh sapa2 pun boleh sebut dan cakap tapi tah betul tah tidak sapa yang tahu kan? Apa pun fahami dulu benda yang ingin dibenci, jangan dok galak nak membenci sampai tersalah benci. Bai.

Ameno : Main wayang jek piem neh.

No comments: