Tuesday, March 6, 2012

ANGKARA SIAPA?!!! Pengurus Besar Yayasan Selangor dedah RM 500 Juta duit Yayasan Selangor lesap



Pengurus Besar Yayasan Selangor yang baru dilantik Ilham Marzuki memberitahu Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) bahawa aset pendidikan negeri yayasan itu bernilai setengah bilion ringgit hilang semasa pentadbiran BN.

"Kajian kami menunjukkan bahawa dari 1991 hingga 2008, berlaku ketirisan sebanyak RM500 juta daripada Yayasan Selangor," kata Ilham kepada jawatankuasa itu yang bersidang pada pendengaran awam hari ini.ASD

*******************************************

Aset Yayasan Selangor RM51j Berbanding RM20j Pada 2007

SHAH ALAM, 6 MAC : Aset semasa (simpanan tunai) Yayasan Selangor meningkat sebanyak 105 peratus kepada RM51 juta berbanding RM20 juta pada tahun 2007 dalam tempoh tiga tahun.

Perkara itu dimaklumkan Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki semasa menjawab soalan Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan Selangor (SELCAT) berhubung jumlah harta Yayasan Selangor dalam sesi pendengaran awam di SUK di sini, hari ini.

Selain itu, menurut Ilham, aset tetap Yayasan Selangor setakat ini dicatatkan sejumlah RM300 juta.

“Kita telah membuat kajian dari tahun 1991 sehingga Mac 2008, ketirisan aset Yayasan Selangor adalah tidak kurang daripada RM500 juta.

Sekiranya tidak berlaku ketirisan, aset Yayasan Selangor adalah berjumlah RM800 juta,” jelasnya.

Beliau berkata, laporan berhubung ketirisan aset tersebut akan turut dihantar untuk melakukan audit dalaman.

Dalam pada itu, Ilham turut mencadangkan supaya Yayasan Selangor melantik audit forensik untuk menyemak akaun yayasan tersebut bagi mengelakkan amalan ketirisan daripada berulang seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Saya ingin mencadangkan supaya pihak Selcat membenarkan Yayasan melantik audit forensik kerana laporan telah dibuat kepada SPRM, tetapi fail-fail berkenaan masih ada dalam simpanan saya,” katanya.

Bagaimanapun, pihak Selcat menyarankan Yayasan Selangor supaya melantik sendiri satu badan bebas bagi melakukan pemantauan dan semakan ke atas aset tersebut.

TVS News

No comments: