Thursday, March 8, 2012

MALANG RAKYAT SELANGOR!!! (Video) Dapat Menteri Kanggaru yang penipu

Noh Omar pun bersilat lah. Menepis sana, menepis sini. Cabaran MB supaya beliau hadir persidangan SELCAT membincangkan tuduhan penyelewengan hasil pasir yang selama ini keluar dari mulut beliau tidak disambut.

Sepanjang persidangan SELCAT berkaitan isu pasir, bayang Noh Omar pun tidak kelihatan. Mungkin ada di kalangan pemerhati yang hadir sepanjang SELCAT yang bernama Noh atau Omar, tetapi Noh Omar Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Selangor merangkap Menteri Pertanian tidak kelihatan sama sekali.

Maka, untuk menepis, dituduhlah SELCAT ini mahkamah kangaroo.

Soalnya sekiranya kedudukan SELCAT tidak sah, mengapa wakil Barisan Nasional merangkap ADUN Permatang juga hadir dalam persidangan tersebut? Mengapa YB Tuan Sulaiman bin Abdul Razak telah mewakili Barisan Nasional sepanjang persidangan SELCAT berlansung.

Malahan, diberitakan oleh pihak Media, YB Tuan Sulaiman bukan setakat menjadi penumpang tetapi turut mengaju soalan kepada para saksi yang tampil. Dan saksi2 yang ditanya oleh YB Tuan Sulaiman terpaksa memberi jawapan dengan jitu dan tepat di atas soalan2 dari wakil Barisan Nasional tersebut.

Adakah ini bermaksud, UMNO Selangor turut mengiktiraf sebuah mahkamah kangaroo seperti yang dikatakan oleh Noh Omar dan Mat Zin Mohammad itu?

Tulang Besi cuma nak kata, bangkai gajah sampai bila boleh tutup. Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata buruk padahnya.

Sekarang ini, tiada siapa yang boleh kata nafi Noh Omar serta Mat Zin Muhammad ni penipu.

Di luar begitu kuat berkokok membuat tuduhan2 rambang. Tetapi, bila disuruh mengikut saluran yang betul, mereka menikus.

Begitu juga manusia bernama Raja Petra Kamaruddin. Jelas RPK skrg ni adalah alat UMNO dan menjalankan kerja-kerja kotor UMNO untuk memfitnah Pakatan Rakyat.

Kalau RPK ni ada kejantanan, sudah tentu dia tidak takut untuk memberi keterangan di Sidang SELCAT hatta melalui panggilan telefon pun boleh.

Namun, RPK telah membuktikan dengan jelas beliau sekapal dengan Noh Omar dan Mat Zin Muhammad sebagai penipu-penipu besar

Tulang Besi


5 comments:

Hamdan Rukun said...

MALANG LAGI RAKYAT KELANTAN.
20 MEMERINTAH, MB HANYA CERAMAH DAN KULIAH JER..

omaq said...

alamak...betulla macam luncai cakap tu...malang betulla rakyat kelantan yang tak dapat MB yang pandai menghabiskan masa kat padang2 golf,kelab2 malam, pusat2 judi dan kasino di dalam dan di luar negara kan....apa celop asyik bagi ceramah dan kuliah je....mana nak dapat tiket percuma masuk neraka....kan luncai kan....

Anonymous said...

siluncai yg bodoh dan bebal..

talklessdomore said...

keren brow
http://www.centplay.com/affiliate/affiliate_900/

Anonymous said...

halo bro kalau mau jjadii mb jjd la macam bekkas mb kite menang anugarah dapat kaut rm300juta dlm msa kurang 10tahun.. hadiah tempat kelima SATU TAHUN PENGINAPAN DAN MAKAN PERCUMA disebuah hotel damai kat Kajang atau Sg Buloh wa caya lu bro The Best Mb WINNER FOR THE Year ...... sendri mau ingat la...