Sunday, March 11, 2012

NAK TIPU RAKYAT!!! Shahrizat tidak letak jawatan Menteri tapi tamat tempoh Senator, tak jadi Senator macam mana nak jadi Menteri

http://puteraduyong.com/blog/wp-content/uploads/2011/12/shahrizat-abdul-jalil.jpg

Sharizat Letak Jawatan hanyalah mainan Media tunggangan UMNO untuk mengelabui pemikiran rakyat kerana hakikatnya Sharizat tidak meletakkan jawatan mahupun berundur, ini kerana selepas 8hb, tempoh Sharizat sebagai Senator telah luput.

Perletakan jawatan ini hanyalah satu agenda untuk mengalihkan perhatian rakyat dari isu penyalahgunaan dana awam oleh Najib dalam membiayai majlis pertunangan anaknya.

Itu menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam ucapannya di Majlis Hi Tea di Yayasan Aman, Penanti petang tadi.

Pengunduran Sharizat dari kabinet (yang betul tak dilantik semula oleh Najib) bukanlah satu penyelesaian terhadap isu penyalahgunaan dana NFC yang bernilai RM250Juta oleh Suami dan Anak-anak Sharizat tambah Rafizi.

“Pendedahan tentang NFC ini bukanlah satu serangan peribadi, Isu yang lebih besar disini ialah penyalahgunaan dana NFC yang bernilai RM250 Juta, rakyat perlu dijelaskan mengapa ianya dibelanjakan untuk perkara yang tidak sepatutnya”

“Mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dana ini sewajarnya dibawa kemuka pengadilan” tambah Rafizi.

Rafizi juga berkata “Ianya mengenai kesungguhan pentadbiran Najib dalam memerangi rasuah dalam Kerajaan”.

Bagaimanapun menurut Rafizi langkah Sharizat berundur (yang betul tak dilantik semula oleh Najib) satu tindakan yang tepat dan harus dipuji kerana lebih baik lewat dari tidak mahu berundur langsung.

Selain itu Shahrizat juga mengesahkan pendedahan yang dibuat PKR selama ini adalah benar dan berdasarkan fakta tepat.

Tambah Rafizi lagi “Pengumuman perletakan jawatan ini hanyalah satu agenda untuk mengalihkan perhatian rakyat dari isu penyalahgunaan dana awam oleh Najib dalam membiayai majlis pertunangan anaknya itu”.

Dokumen tersebut boleh di lihat di SINI

Kebanyakkan media tidak menyiarkan "Penyalahgunaan dana awam oleh Najib dalam membiayai majlis pertunangan anaknya".. nak cover-up ke atau sudah dapat arahan untuk tutup cerita?

Untuk makluman.. aku ada dengan Rafizi masa dia memberikan kenyataan kepada media menerusi talipon petang tadi di Yayasan Aman, aku dengar ayat itu disebut tapi aku tak jumpa dalam kebanyakkan laporan media.

Berikut adalah apa yang kebanyakkan media siarkan..ASD

***********************************************

Rafizi sambut baik keputusan Shahrizat

SHAH ALAM – Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyambut baik pengumuman Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bahawa beliau akan berundur sebagai anggota Kabinet apabila tempoh sebagai senator berakhir 8 April ini kerana akhirnya memahami kehendak rakyat.

Beliau mendakwa keputusan Shahrizat juga mengesahkan pendedahan yang dibuat PKR selama ini adalah benar dan berdasarkan fakta tepat.

“Kini tumpuan rakyat adalah kepada tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan satu siasatan telus dibuat bagi mengembalikan setiap satu sen dari wang rakyat yang diselewengkan

“Beliau (Najib) juga wajib buktikan beliau serius menentang rasuah dengan memastikan setiap individu yang bertanggungjawab dalam skandal ini dihadapkan ke muka keadilan,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Kira-kira jam 4 petang tadi, Shahrizat membuat pengumuman akan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Pada 8 April, apabila tamat penggal sebagai ahli Dewan Negara, saya akan undur diri," katanya.

Bagaimanapun beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno.

Shahrizat berkata beliau akan menghantar surat makluman keputusannya kepada Perdana Menteri dalam waktu terdekat.

Sementara itu, beliau juga menafikan keputusannya diambil ekoran tekanan mana-mana pihak ataupun disebabkan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Masalah berkenaan projek itu didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan akhir tahun lalu.

Berikutan laporan itu, kepimpinan PKR dalam pendedahan bersiri sejak November lalu mendakwa wujud unsur salah guna dana yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada NFC.

Dalam pada itu, Pihak polis bulan lalu telah mencadangkan agar Peguam Negara mendakwa pengarah NFCorp atas tuduhan pecah amanah, namun beliau meminta agar pihak polis untuk menjalankan siasatan dengan lebih terperinci berhubung perkara itu.


Sinar Harian

No comments: