Sunday, March 25, 2012

PARIT BUNTAR !!! Kawasan teramai graduan Ilham terima diploma

PARIT BUNTAR :Seramai 39 graduan Institut Latihan Kepimpinan dan
Perkaderan Dakwah Islamiyah (Ilham) cawangan Parit Buntar berjaya
menerima Diploma Tasawur Islam dalam satu majlis istiadat Konvokesyen Ilham kali ke-11, di Dewan Dato' Haji Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM).

Penyelaras Ilham cawangan Parit Buntar Muhammad Yaakob berkata, Ilham merupakan sebuah institusi latihan yang ditubuhkan oleh Lajnah
Tarbiyah PAS Pusat yang bertujuan untuk memberikan latihan perkaderan, kepimpinan dan dakwah secara nizomiyah kepada pimpinan dan ahli-ahli PAS.

“ Parit Buntar adalah kawasan paling ramai menghasilkan graduan Ilham
iaitu 39 orang daripada keseluruhan 146 orang graduan.

" Antara yang menerima diploma berkenaan ialah Yang Dipertua Pas Parit Buntar Harun Hashim” katanya

Menurut Muhammad, majlis yang berlangsung setengah hari itu
menyaksikan seramai 70 graduan di kalangan lelaki dan 76 orang dari
kalangan wanita menerima diploma yang disampaikan oleh Presiden PAS
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“ Untuk kali ini Ilham mengisytiharkan Anugerah Zulkifli Mohammad yang berjaya digondol graduan dari Pahang Wan Ismail Wan Ibrahim,
berdasarkan kriteria pemarkahan akademik yang terbaik.

“ Manakala Ketua Muslimat Pas Perak Dr Najihatussalehah Ahmad berjaya merangkul Anugerah Presiden di mana kriteria dilihat berdasarkan permarkahan akdemik, komitmen dengan parti, masyarakat dan keluarga” katanya

Muhammad berkata, Ilham turut mengurniakan Anugerah Diploma Kehormat
Tarbiyyah dan Perkaderan kepada Datuk Yahya Osman.

Turut menyampaikan diploma kepada graduan adalah Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, selaku Penaung lembaga Pengarah Ilham Datuk Harun Taib.

Turut bersama dalam majlis konvokesyen itu, Setiausaha Agung Pas
Mustafa Ali, Naib Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat Datuk Dr Mahfodz
Mohamed, Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat Siti Zailah Mohd Yusuf,
Pengarah jabatan Tarbuyah dan Perkaderan Pas Pusat, Idris Ahmad dan
Pengerusi Lujnah Pendidikan Pas Pusat Datuk Abu Bakar Chik

Sementara itu, Ilham cawangan Parit Buntar masih membuka penyertaan kepada ahli Pas di Parit Buntar dan kawasan sekitar untuk mengikuti pengajian Ilham selama dua tahun untuk sesi 2012/2013 .

“ Intitut ini menawarkan kursus untuk mencapai sasaran 'mengulamakan
intelektual dan mengintelektualkan ulamak' meliputi beberapa program
iaitu pengajian Islam, bahasa dakwah, pengurusan organisasi dan
kefahaman visi perjuangan PAS.

“ Ahli Pas dan orang ramai yang berminat boleh berbuat demikian boleh
mendapatkan maklumat lanjut di Pejabat Pas Parit Buntar” katanya.















Graduan Ilham cawangan Parit Buntar bersama diploma masing-masing





















































Antara penerima diploma Ilham dari Parit Buntar
























Beratur sebelum menerima diploma

PAS Perak ucap tahniah kepada graduan Ilham

PAS Perak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh 146 graduan Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah (ILHAM) yang telah berjaya menerima Diploma Tasawur Islam dalam majlis istiadat Konvokesyen Ilham kali ke-11, di Dewan Dato' Haji Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) baru-baru ini.

PAS Perak mengucakan tahniah kepada seluruh graduan ILHAM dari Negeri Perak kerana menjadi negeri yang paling ramai melahirkan graduan Ilham iaitu seramai 77 orang.

PAS Perak juga mengucapkan tahniah kepada Ketua Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad kerana telah berjaya merangkul Anugerah Presiden di mana kriteria dilihat berdasarkan permarkahan akdemik, komitmen dengan parti, masyarakat dan keluarga beliau.

PAS Perak, melihat kecemerlangan di dalam pelajaran sebagai satu kemestian bagi mereka yang ingin membawa risalah dakwah Rasulullah SAW ini, selain itu tribulasi di Malaysia yang semakin mencabar memerlukan kepada persediaan yang mapan dan latihan yang mencukupi bagi graduan baik dalam bidang dakwah.

PAS Perak, berharap agar graduan ILHAM mampu menjadi individu yang kompeten dan mempunyai daya saing yang tinggi sebagai modal insan untuk negara yang kita cintai.

Kepada mereka yang masih belum mengecapi kejayaan tersebut, PAS Perak mendoakan kejayaan mereka serta mengharapkan mereka dapat melipat-gandakan usaha pada tahun hadapan.


Ustaz Abu Bakar Hussin

( Pesuruhjaya PAS Perak )

No comments: