Wednesday, March 21, 2012

PAS Parit Buntar bina tandas duduk untuk pesakit obesiti

PARIT BUNTAR : PAS Parit Buntar melalui Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan dengan kerjasama Dewan Muslimat serta Unit Amal telah mengadakan satu program ziarah kebajikan dengan memberi bantuan serta membina keperluan asas penduduk yang serba kekurangan di Jalan Terusan di sini.
Setiausaha Lujnah Kebajikan Hairul Nizam Ishak berkata, program yang mendapat kerjasama PAS Cawangan Jalan Terusan itu adalah membina sebuah tandas duduk bagi kegunaan Juliah Jamaludin 41,seorang warga obesiti.

" Beliau mengalami masalah untuk membuang air apabila terpaksa menjalani pembedahan bisul besar dikakinya dan terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan.
" Kakinya terpaksa dibuat pembedahan kerana mengalami bisul yang besar, manakala suaminya Mustafa Yusof 68, baru sahaja pulih daripada angin ahmar dan masih memerlukan rawatan" katanya

Menurut Hairul Nizam, lebih memilukan apabila anak Juliah bersama suami terdahulu, adik Hamizan Yusof 13 merupakan seorang kanak-kanak OKU yang tidak mampu untuk berdikari sendiri.
" Keluarga ini tinggal di rumah pusaka dan hanya mendapat bantuan RM300.00 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan itupun dikhususkan untuk kegunaan harian adik Hamizan seperti lampin pakai buang dan ubat-ubatan.

" Atas keprihatinan, pihak PAS Parit Buntar mengadakan program gotong royong membina tandas duduk untuk Puan Juliah serta memberikan sumbangan untuk adik Hamizan" katanya
Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa, turut meluangkan masa menziarahi keluarga ini disamping memberi semangat kepada pasukan Unit Amal membina tandas tersebut.

Turut hadir membantu YDP, Haji Harun Hashim dan Timbalan YDP, Abdul Baharin Desa.








Dr Mujahid menyantuni adik Hamizan


Timbalan YDP, Baharin turut membantu membancuh simen









Anggota Unit amal mesin rumput halaman rumah Puan Juliah

1 comment:

Anonymous said...

pas jangan ikut umno cerita tandas cuba cerita "PAS TELAH MEMBANTU KELUAGA FAKIR MISKIN PAPA KEDANA MENJADI USAHAWAN PALING BERJAYA TANPA WANG DARI BAITULMAL" ini yg aku nakbaca biar orang kat majlis dan pejabat agama pecah telur ada rm zakat dipelahap oleh somebody tui2..tui.