Saturday, April 14, 2012

Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Parit Buntar ke 42

PARIT BUNTAR , 8 April : Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Parit Buntar Kali ke 42 berjalan dengan jayanya.

Majlis Perasmian bermula jam 9.00 malam dihadiri perwakilan dan pemerhati muslimat lebih 200 orang yang memenuhi kerusi Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin, Titi Serong.

Perasmian mesyuarat agung berkenaan telah disempurnakan oleh Pengarah Pilihanraya Muslimat PAS Perak Amizan Baharuddin

Amizan dalam ucapan perasmiannya menyeru Dewan Muslimat PAS Parit Buntar memantapkan gerak kerja pilihanraya bagi mengekalkan kemenangan PAS di Parlimen Parit Buntar dan DUN Titi Serong.

" Muslimat PAS perlu melipat gandakan usaha dengan memaksimakan gerak kerja bagi menghadapi PRU13 yang dilihat semakin hampir.

“Jentera pilihanraya muslimat perlu lebih agresif dan tersusun serta bermatlamat agar setiap program yang dijalankan mempunyai kesan dan hasil,” katanya

Beliau juga mengingatkan supaya semua jentera muslimat agar memperkemaskan perancangan, agenda dan organisasi.

“ Saya memuji Muslimat PAS Parit Buntar yang dapat menarik kehadiran perwakilan muslimat Cawangan yang begitu ramai setiap kali mesyuarat agung.

“ Saya berharap perwakilan muslimat cawangan dapat memperkemas dan memantapkan organisasi Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan supaya terus aktif bergerak dalam masyarakat” katanya

Sementara itu,Ketua Muslimat PAS Parit Buntar Rahimah Osman dalam ucapan aluannya merakamkan penghargaan kepada anggota muslimat PAS Parit Buntar yang sentiasa memberi kerjasama aktif kepada Dewan Muslimat PAS Parit Buntar dalam mengerakkan aktiviti.

" Kerjasama dan sokongan dari seluruh muslimat PAS di Parit Buntar banyak membantu kami bergerak aktif dalam melaksanakan pelbagai aktiviti membabitkan masyarakat.

" Marilah kita melaksanakan amanah Allah dengan bergabung tenaga, orang-orang lama yang berpengalaman dan generasi baru yang sedia membantu memberi bimbingan sebagai mata rantai yang terus menerus melaksanakan ‘amal makruf nahi mungkar’ sehingga tertegaknya daulah Islamiyah,” katanya

Turut hadir dan menyampaikan ucapan semasa majlis perasmian mesyuarat agung ini ialah Yang Dipertua PAS Parit Buntar Tuan Haji Harun Hashim.

Pendaftaran perwakilan dan pemerhati Cawangan

Perwakilan muslimat PAS Parit Buntar memenuhi dewan

Lagu rasmi PAS dinyanyikan

Ketua Muslimat PAS Parit Buntar sedang menyampaikan ucapan aluan

YDP PAS Parit Buntar sedang menyampaikan ucapan aluan

Penyampaian anugerah

Puan Rahimah sedang menyampaikan cenderahati kepada perasmi

No comments: