Sunday, April 8, 2012

PANAS!!!Hari-hari seorang 'Menteri Wanita'


Hari ini secara rasminya Shahrizat Jalil tidak lagi bergelar menteri dan Senator.

Tetapi sebenarnya yang paling gusar dengan perkembangan terbaru nun jauh di Paris, Perancis adalah perdana menteri sendiri yang mengumumkan diri sendiri sebagai menteri wanita baru menggantikan Shahrizat.

Berucap di Temerloh, Pahang semalam, Najib Altantuya mengucapkan terima kasih kepada Shahrizat kerana sanggup mengorbankan dirinya demi hayat Umno-APCO terus bernyawa.

Apakah pengorbanan Shahrizat berbaloi dengan kelangsungan Umno-APCO?

Jawapannya tidak sama sekali.

Malah Umno-APCO semakin terpukul dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat PKR melalui Pengarah Strateginya yang juga 26 tahun lebih muda dari Shahrizat, Rafizi Ramli.

Anak muda dari Terengganu ini boleh dianggap 'giant killer' kedua buat anak muda setelah Nurul Izzah berjaya menyingkirkannya pada pilihanraya umum 2008 dengan majoriti 2,985 undi.

Kita lupakan kisah Shahrizat yang bakal keluar masuk mahkamah mengikuti suaminya yang menjadi Pengarah National Feedlot Corporation (NFC) Mohamad Salleh Ismail.

Sekarang kita tumpukan kepada "Menteri Wanita" baru yang kebetulan dialah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib Altantuya.

Pendedahan pada 2 April oleh Asia Sentinel yang membongkar skandal pembelian kapal selam ketika Najib Altantuya menjadi Menteri Pertahanan pada 2003 hingga terpalit skandal pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu bakal menjadi 'check mate' kepada karier politiknya.

Juak-juak timbalannya, Muhyiddin Yassin kini sudah pasang badan menunggu saja bilakah Mahkamah Paris akan memanggil Najib Altantuya dan Razak Baginda kroni rapatnya yang menerima komisen sehingga EUR114 juta (RM570 juta) pada 2006.

Peluang Najib Altantuya untuk melepaskan diri dilihat sangat, sangat tipis kerana dia adalah menteri pertahanan yang terbabit secara langsung dalam pemberian kontrak sehingga dua buah kapal selam yang diberi jolokan KD Altantuya diterima pada 2008.

Umpama kata-kata Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim semasa ceramahnya di Shah Alam malam tadi, mendakwa siasatan ke atas pembelian kapal selam Scorpene yang dibangkitkan di mahkamah Perancis akan membongkar semula kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu.

Ketua pembangkang itu juga mendakwa siasatan ke atas kes tersebut akan membongkar dakwaan rasuah melibatkan pemimpin Umno.

"Kes (ini) tutup di Malaysia, siasat pun tidak. Tetapi Kerajaan Perancis, kerana pendakwaan dibuat pasal rasuah kapal selam, telah melantik dua hakim bebas untuk menyiasat, kisah kapal selam.

"Saya percaya, dengan kes ini berbangkit, rasuah yang melibatkan pemimpin Umno, dan kes pembunuhan Altantuya (akan) terbongkar semula.

"Di Malaysia tutup, (tetapi) dibuka di Paris... Najib tidur tak lena," kata Anwar dalam ceramah sempena sambutan Jubli Perak PAS Shah Alam malam tadi.

Mahkamah Perancis membuka siasatan kes ke atas syarikat pertahanan lautnya, DCNS, selepas menerima saman sivil yang dikemukakan ke atas syarikat berkenaan oleh NGO hak asasi Suaram.

Suaram memfailkan saman berkenaan ke atas DCNS atas dakwaan bahawa syarikat itu membayar komisen kepada pemimpin di Malaysia.

Kapal selam Scorpene itu dibeli pada tahun 2002 oleh kerajaan Malaysia ketika Perdana Menteri Najib Altantuya bertugas sebagai menteri pertahanan.

Perimekar, syarikat yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda - orang kepercayaan Najib - dibayar 114 juta euro atau RM570 juta, untuk bertindak sebagai ‘orang tengah' dalam urus niaga penuh kontroversi itu.

Kerajaan bagaimanapun berkata, pembayaran besar kepada Perimekar untuk perkhidmatan "koordinasi dan sokongan'.

Abdul Razak dan dua pengawal peribadi Najib Altantuya telah didakwa dan dibicarakan ekoran pembunuhan Altantuya Sharibuu pada tahun 2006.

Abdul Razak bagaimana kemudiannya dibebaskan, manakala dua yang lain didapati bersalah dan dihukum mati.

TERKINI!!



Bapa mendiang Altantuya, Dr Setev Shaaribuu (tiga dari kiri) kini berada di Malaysia bertemu dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh sehingga esok bagi membincangkan tuntutan saman RM100 juta ke atas Najib Altantuya, Azilah Hadri dan Sirul Azahar Umar ekoran penemuan mayat anaknya, Altantuya Shaaribuu yang diletup menggunakan bom tenteraa jenis C4 di Puncak Alam, Selangor pada 2006.

No comments: