Thursday, April 26, 2012

TAKAT ITU JE BOLEH BERLEMBUT!!! Polis mula dipergunakan UMNO halang Himpunan Bersih 3.0?

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menerima khabar bahawa polis telah mengulangi langkah memohon perintah mahkamah untuk menghalang perhimpunan BERSIH 3.0, yang bakal berlangsung pada 28 April 2012.

Di samping itu, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein bersikap keras untuk memberi amaran kepada BERSIH, bahawa polis akan mengambil tindakan yang perlu seandainya penganjur meneruskan niat mereka untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka pada 28 April.

Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Wong Chin Huat (gambar kanan) menulis dalam laman sosial Facebooknya, bahawa polis telah memperolehi perintah mahkamah untuk menghalang perhimpunan Duduk Bantah BERSIH 3.0.

Ketika dihubungi
MerdekaReview, Wong Chin Huat berkata pihak polis telah meminta media cetak utama untuk menyediakan ruang iklan, agar menyiarkan senarai nama orang yang diharamkan untuk berada di lokasi perhimpunan.
Bagaimanapun, Wong Chin Huat menghubungi  MerdekaReview kemudiannya, bahawa polis tidak sempat untuk memperolehi perintah mahkamah, agar senarai tersebut boleh disiarkan pada hari esok.

Sebagaimana yang diketahui, berbeza dengan 91 nama yang terkandung dalam belasan helai kertas A4, senarai kali ini hanya memuatkan tiga helai kertas A4.
Ketua Polis Negara Ismail Omar gagal dihubungi setakat ini untuk mengulas khabar ini.

No comments: