Tuesday, May 15, 2012

HIMPUNAN PASCA BERSIH 3.0 !!! 5000 penuhi Dataran Purnama , Kampung Kedah

PARIT BUNTAR : Ceramah Perdana Sempena Pasca Bersih 3.0 telah berjaya menggamit kira-kira 5,000 hadirin daripada pelbagai bangsa yang ingin mendengar ucapan pimpinan yang diketuai oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng.
 
Ketua Penerangan PAS Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, kehadiran begitu ramai hadirin dari pelbagai kaum memang dijangka berikutan himpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur
 
" Dataran Purnama malam ini sesak dengan kehadiran ribuan manusia. Kehangatan himpunan Bersih 3.0 masih terasa.
 
" Ramai juga yang hadir kerana ingin mendengar ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang yang jarang berceramah di Parit Buntar" katanya
 
Menurut Fakhrurrazi, sebelum ceramah dimulakan tayangan Bersih 3.0 telah ditayangkan kepada hadirin.
 
" Tayangan ini memberi pulang kepada orang ramai melihat perhimpunan aman yang tercemar dengan provokasi dan kekejaman anggota keselamatan yang bertindak zalim ke atas peserta perhimpunan aman.
 
" Mereka saksikan sendiri video yang tidak diedit , tidak seperti yang dipaparkan di media massa perdana" katanya
 
Turut berucap pada malam tersebut, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Husain meminta rakyat bangkit menolak UMNO/BN kerana mereka telah memperkudakan pihak keselamatan negara. 
 
Sementara itu, sebagai tanda sokongan kepada himpunan Bersih 3.0 satu satu kain rentang untuk mengutip tandatangan tanda sokongan bersih telah disediakan. 
 
Turut hadir bersama Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa, Yang Dipertua PAS Parit Buntar, Harun Hashim.
 
Selesai program ceramah, kira-kira 200 hadirin terutamanya anak-anak muda telah bersama-sama pimpinan Pemuda PAS menyaksikan bolasepak perlawanan akhir Piala FA England antara Liverpool dan Chelsea. 
 
Hadiah hamper juga disediakan kepada mereka yang bertuah melalui cabutan bertuah.
 
 

No comments: