Thursday, May 10, 2012

KANTOI!!! Pengerusi SPR dan Timbalan terperangkap kerana mengaku awal jadi ahli UMNO


Ternyata jika si penipu yang mengeluarkan kenyataan, lambat laun kebenaran akan terbongkar juga.

Begitulah nasib yang menimpa Nazri Aziz yang menjadi Nenteri de-facto bagi undang-undang, kerana mahu menjaga Aziz Yusof, kedua-duanya kini saling memperbodohkan diri masing-masing di khalayak ramai.


Berikutan dakwaan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mohamad Nazri Aziz bahawa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukan lagi ahli Umno adalah pembohongan bertujuan mengelirukan rakyat.


Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail berkata, selepas pendedahan, Abdul Aziz Yusuf tidak pernah mengisytihar keluar Umno, sebaliknya mendakwa telah terlucut keahlian kerana tidak membayar yuran tahunan.


"Pengakuan itu sekadar mengesahkan Abdul Aziz memang menjadi ahli Umno," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini, hari ini.


Ahli Parlimen Machang itu berkata, berdasarkan pengalaman beliau yang pernah menjadi Setiausaha Pemuda Umno, untuk mendaftar menjadi ahli Umno, seseorang itu hanya perlu membayar yuran keahlian.


Menurut Saifuddin, yuran keahlian berbeza dengan yuran tahunan kerana yuran keahlian hanya dibayar sekali seumur hidup.


"Sekiranya seseorang itu tidak membayar yuran tahunan, dia tidak boleh mengambil bahagian dalam sebarang mesyuarat agung dan tidak boleh mengambil bahagian dalam pemilihan.


"Walaupun tidak membayar yuran, seseorang itu tetap menjadi ahli Umno sehingga dia membuat keputusan untuk keluar parti," katanya.


Beliau juga mendedahkan terdapat 11 Wan Ahmad Wan Omar berdaftar sebagai ahli Umno.


Justeru, beliau mencabar 10 nama lagi untuk tampil menafikan 'Wan Ahmad Wan Omar' bukan Timbalan Pengerusi SPR.


"Sekiranya peniaga bernama Wan Ahmad Wan Omar mendakwa dia menganggotai Umno, itu tidak mengapa.


"Dalam senarai saya, masih ada 10 lagi nama yang sama. Jadi saya cabar kesemua nama ini tampil menafikan sehingga 'Wan Ahmad Wan Omar' mengaku dia adalah Timbalan Pengerusi SPR," tegas beliau.


Tambah Saifuddin, beliau telah menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri tengah hari tadi mendesak tribunal ditubuhkan bagi memecat Abdul Aziz dan timbalannya.

No comments: