Thursday, May 31, 2012

MANA MAU LARI?!!! Hakim Perancis ada kuasa keluarkan waran tangkap antarabangsa terhadap Najib


Kini segalanya berkemungkinan buat Perdana Menteri, Najib dan Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi dikeluarkan waran tangkap antarabangsa jika mereka gagal mematuhi arahan sepina (subpoena) Perancis untuk membantu siasatan rasuah dalam skandal kapal selam kelas Scorpene.

Peguam SUARAM dari Perancis, Joseph Brehem memberitahu satu sidang akhbar di Bangkok, Thailand bahawa hakim-hakim Perancis mendengar siasatan itu mempunyai kuasa budi bicara mereka untuk meminta Interpol mengeluarkan notis merah (waran tangkap antarabangsa) terhadap saksi yang gagal untuk hadir ke mahkamah Perancis.


Walau bagaimanapun ini akan menjadi pilihan terakhir yang akan diambil untuk memaksa saksi-saksi untuk memberi keterangan di Paris.


Breham menjelaskan bahawa mahkamah Perancis boleh mengambil beberapa kaedah tindakan, dalam usaha memaksa saksi Malaysia yang dinamakan dalam kertas siasatan pendakwaan supaya hadir.


Beliau berkata bahawa, pertama; hakim-hakim akan mengeluarkan sepina secara bertulis terhadap seseorang saksi, dan sebaik sahaja sepina telah dikeluarkan, saksi itu diwajibkan untuk hadir di hadapan mahkamah dan untuk membantu mahkamah dalam mencatatkan keterangannya.


"Kedua, Jika saksi itu enggan mematuhi sepina itu, mahkamah boleh mengeluarkan 'mandate d amener', memaksa saksi untuk hadir di hadapan hakim.


"Jika saksi itu gagal untuk patuh, waran tangkap boleh dikeluarkan. Waran tangkap berkenaan pada asalnya tertakluk dalam sempadan wilayah jajahan Perancis, dan mungkin diantarabangsakan, jika hakim memikirkan perlu untuk memperluaskannya.


"Berdasarkan kuasa budi bicara hakim, mereka boleh meminta Interpol untuk mengeluarkan notis merah iaitu waran tangkap antarabangsa," katanya.


Beliau juga berkata bahawa hakim Roger Le Loire, salah seorang daripada dua orang hakim yang yang ditugaskan untuk menyelia kes itu, secara prinspnya telah menerima terutamanya senarai SUARAM tujuh orang saksi yang dicadangkan, termasuk Najib, Zahid Hamidi dan Razak Baginda.


"Hakim Le Loire selepas mendengar testimoni yang rumit dari SUARAM pada 20 April lalu selama tiga jam, telah menerima kenyataan kami, dan berjanji untuk meneruskan siasatan dengan tidak akan berpatah balik lagi," kata Breham.


Beliau menambah bahawa pada penerimaan tujuh orang saksi yang dicadangkan oleh SUARAM, hakim Perancis telah meminta butir-butir penuh identiti saksi yang terlibat, untuk memulakan mengeluarkan sepina kerana dengan budi bicaranya merasakan perlu untuk berbuat demikian.


Kewajipan undang-undang


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh SUARAM selepas sidang akhbar di Bangkok, NGO hak asasi manusia itu berkata bahawa Malaysia mempunyai obligasi undang-undang di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Menentang Rasuah (United Nations for Counter-Anti-Corruption - UNCAC) untuk bekerjasama dengan negara bangsa lain dalam mencegah, menyiasat dan mendakwa pesalah rasuah.


Ia menambah bahawa kerajaan negara yang terbabit (Perancis dan Malaysia) tertakluk untuk memberikan bentuk bantuan undang-undang bersama yang khusus dalam mengumpul dan memindahkan keterangan untuk kegunaan di mahkamah dan mengekstradisi pesalah.


SUARAM juga berkata bahawa ia telah mendapat keistimewaan akses penuh kepada kesemua 153 kertas siasatan dari pejabat Pendakwa Raya Perancis di Paris.


"Ini ialah satu langkah sangat besar ke hadapan, banyak maklumat yang sebelum ini dirahsiakan kini boleh diakses SUARAM sebagai plaintif sivil dalam kes jenayah terhadap DCNS (syarikat pembinaan kapal selam Perancis)," katanya.


Ia berkata bahawa dalam satu dokumen yang dinamakan Dokumen 97 - nota untuk Menteri Pertahanan Perancis bertarikh 2 Jun 1999 yang berkaitan dengan temu bual dengan Menteri Pertahanan Malaysia dan hubungan diplomatik Malaysia-Perancis dalam kerjasama pertahanan (tujuan pembelian kapal selam).


"Nota tersebut menyatakan bahawa menurut kontrak pertahanan utama antara Perancis dan Malaysia, terdapat keperluan bahawa pemindahan wang yang besar telah disalurkan kepada individu dan / atau organisasi politik.


"Nota tersebut secara khusus menyatakan bahawa selain daripada individu, parti pemerintah (Umno-APCO) adalah penerima terbesar. Perunding (agen syarikat) sering digunakan sebagai agen rangkaian politik untuk memudahkan pemindahan wang ini dan menerima komisen dari 'bos-bos' mereka, "kata kenyataan Suaram.


Rangkaian Isteri-Isteri


Mengulas lanjut, Brehem berkata bahawa nota yang disebut mengenai Mohd Ibrahim Mohd Noor dan Razak Baginda adalah sebagai 'tempat rujukan' untuk rangkaian politik, sambil menambah bahawa Mohd Ibrahim Mohd Noor adalah individu yang rapat dengan Menteri Kewangan Daim Zainuddin dan Razak Baginda ketika itu rapat dengan Menteri Pertahanan, Najib Altantuya.


"Nota tersebut juga menjelaskan bahawa menjelang awal tahun 2001, pengaruh Mohd Ibrahim Mohd Noor, mula menurun berikutan kejatuhan daripada kuasa Menteri Kewangan, Daim Zainuddin yang mengakibatkan kehilangan yang nama Mohd Ibrahim Mohd Noor, dari Perimekar Sdn Bhd, kedua-duanya bertindak sebagai pemegang saham dan pengarah yang kemudian digantikan oleh orang-orang rangkaian Razak Baginda.


"Razak Baginda akhirnya menjadi titik utama rujukan untuk rangkaian politik untuk memudahkan pemindahan wang," tambah SUARAM.


SUARAM berkata nota itu juga menunjukkan bahawa isteri Razak Baginda, Mazlinda Makhzan, adalah kawan rapat isteri Najib Altantuya, Rosmah Mansor.


SUARAM juga berkata bahawa ia terpaksa mengadakan sidang akhbar di Bangkok - dan tidak di Kuala Lumpur - berikutan pengusiran paksa salah seorang lagi peguam SUARAM, William Bourdon, pada Julai tahun lalu ketika beliau melawat Malaysia untuk bercakap mengenai kes tersebut.


Aduan SUARAM dengan mahkamah Perancis untuk semakan kehakiman kontrak Scorpene pada bulan November 2009 telah menyebabkan bermulanya siasatan kehakiman di Tribunal Grande de Instance di Paris.


Siasatan itu akan memfokuskan jenayah rasuah yang didakwa dan rasuah yang menyalahi undang-undang yang melibatkan pegawai tertinggi dari kedua-dua negara Malaysia dan Perancis dalam penjualan dua kapal selam Scorpene oleh DCNS, syarikat pembinaan kapal Perancis dan Kementerian Pertahanan Malaysia, yang diterajui oleh Najib Altantuya.


Glosari - Sapina


Sebuah sapina adalah sebuah writ dibuat oleh sebuah agensi kerajaan, kebanyakan selalunya sebuah mahkamah, yang mempunyai kuasa untuk mengarahkan testimoni oleh seorang saksi atau penghasilan bukti di bawah hukuman jika gagal. Terdapat dua jenis sapina:


a) subpoena ad testificandum


Mengarahkan seseorang untuk memberikan keterangan sebelum arahan pihak berkuasa atau menghadapi hukuman. Sapina juga boleh meminta keterangan diberi melalui panggilan telefon atau orang perseorangan.


b) subpoena duces tecum


Mengarahkan seseorang atau organisasi untuk membawa bukti jelas sebelum arahan pihak berkuasa atau menghadapi hukuman. Ini biasanya digunakan bagi permintaan-permintaan untuk mengeposkan dokumen-dokumen kepada pihak yang meminta atau secara terus ke mahkamah.


JALAN PULANG 

No comments: