Wednesday, May 23, 2012

MUHYIDDIN PEMBOHONG!!! Mana bukti 18 000 orang Melayu keluar P.Pinang ?




PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meyifatkan dakwaan kononnya sejumlah 18,000 orang Melayu telah keluar daripada negeri itu ekoran dipinggirkan kerajaan negeri adalah satu fitnah jahat oleh Umno BN.

Beliau merujuk kepada tuduhan yang dimainkan media Umno dan diulangi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin sendiri.


"Jumlah pengurangan penduduk Melayu sebanyak 18,000 orang adalah satu fitnah jahat yang boleh disangkal dengan menunjukkan daftar pemilih akhir tahun 2011 menunjukkan penambahan pengundi Melayu sebanyak 34,931 orang berbanding dengan pilihanraya 2008. 
 
"Adalah dikesali Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin telah bersikap tidak bertanggungjawab dan cuba mempermainkan sentimen perkauman dengan mengulangi fitnah jahat," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Selain dituduh mengusir 18,000 orang Melayu, Muhyiddin juga didakwa turut menuduh kerajaan Pulau Pinang tidak menjalankan projek perumahan mampu milik sehingga orang Melayu terdesak meninggalkan Pulau Mutiara itu.

Menurutnya, tuduhan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno itu tidak benar sama sekali kerana sejak kerajaan Pakatan Rakyat memerintah pada 2008 sehingga sekarang, sebanyak 11,596 rumah kos rendah dan sederhana rendah telah dibina.

Selain yang telah dibina, kerajaan negeri juga katanya telah memperuntukkan RM500 juta untuk membina sekurang-kurangnya 18,000 unit rumah mampu milik yang berkualiti untuk masa depan.


Untuk itu jelasnya, sebanyak 277 ekar tanah telah disediakan di lima daerah di Pulau Pinang iaitu Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Daerah Timur Laut, Daerah Barat-Daya dan Seberang Perai Selatan.


Fasa 1 adalah di Batu Kawan sebanyak 12,000 unit di atas 200 ekar tanah, manakala Fasa 2 pembangunan rumah mampu ini melibatkan 77 ekar tanah di  Pulau Pinang yang boleh menyumbang 6,000 unit rumah mampu milik.


Beliau turut menafikan tuduhan bahawa kenaikan harga hartanah disebabkan oleh premium tanah tinggi yang dikenakan oleh kerajaan negeri.


"Tuduhan BN adalah palsu kerana kerajaan negeri tidak pernah menaikkan peratus kadar premium tanah yang masih dikekalkan pada tahap peratusan yang sama dengan kerajaan lama.


'Sesebuah kerajaan tidak boleh mempengaruhi harga hartanah naik atau turun kerana ia ditentukan oleh permintaan pasaran dan keyakinan orang ramai," katanya.

No comments: