Wednesday, June 13, 2012

HIMPUNAN HIJAU!!! PAS Perak seru rakyat turun ke Bagan Serai pada 16 Jun

IPOH, 13 Jun : Wawancara Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Negeri Perak bersama Ustaz Abu Bakar Hussin 
 
Wartawan : Assalamualaikum Ustaz
 
Ustaz Abu Bakar : Waalaikumsalam WarahmatuLlahi Wabarakatuh
 
Wartawan : Berikutan Himpunan Hijau yang akan diadakan di Masjid Tinggi Bagan Serai pada 16 Jun yang jatuh pada hari sabtu ini, bolehkah ustaz ceritakan sedikit sebanyak berkenaan objektif pelaksanaannya?
 
Ustaz Abu Bakar : Himpunan Hijau yang diadakan 16 Jun ini cuba membawa satu persepsi kepada masyarakat umum tentang kesempurnaan Islam yang dibawa oleh PAS, dan memberi kefahaman yang jelas tentang matlamat sebenar mengapa PAS dan Pakatan Rakyat meletakkan sasaran untuk ke Putrajaya selepas PRU 13 ini.
 
Wartawan : Bolehkah Ustaz huraikan serba sedikit berkenaan matlamat ke Putrajaya dan kesempurnaan Islam yang cuba diterapkan oleh PAS
 
Ustaz Abu Bakar : Perkara pertama yang perlu kita ketahui, dasar perjuangan PAS adalah Islam dan PAS akan memelihara keadilan sejagat seluruh bangsa dan kaum yang ada di Malaysia. Selain itu, PAS berusaha sedaya upaya untuk memahamkan semua lapisan masyarakat tentang kesempurnaan Islam, yang merangkumi sistem pendidikan, ketenteraan, politik,ekonomi, hiburan, cara pakaian, adat, tatasusila dan banyak lagi.
 
Dakwah yang dipersembahkan oleh PAS berbentuk mesra terhadap semua lapisan, termasuk golongan muda, kakitangan kerajaan, atlit sukan, artis hiburan, pakar akademik dan banyak lagi, termasuk golongan non-muslim bagi memahami erti sebenar kehidupan yang disusun oleh Allah yang menciptakan semua makhluk.
 
Manakala objektif menuju ke putrajaya adalah satu hala tuju bagi mendapatkan pemerintahan Malaysia, untuk memastikan pemerintahan Malaysia berteraskan Islam yang sebenar. Kita melihat selama 50 tahun pemerintahan Barisan Nasional, kerajaan Barisan Nasional telah merosakkan kefahaman Islam di dalam minda masyarakat dengan begitu teruk. 
 
Antaranya memisahkan politik daripada Islam, sedangkan Islam itu melengkapi semua elemen termasuk politik. Apabila politik dipisahkan daripada Islam, maka kita akan lihat kecelaruan pemerintahan Barisan Nasional sepertimana yang berlaku pada hari ini. 
 
Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini kita mendapati sambutan daripada pelbagai lapis masyarakat yang sudah pun mengenali Islam, hasil daripada usaha yang PAS lakukan selama ini, dan bantuan daripada Allah SWT sendiri.
 
Wartawan : Apakah aktiviti yang diadakan di sepanjang Himpunan Hijau di Bagan Serai ini?
 
Ustaz Abu Bakar : Antara aktiviti yang menarik ialah konvoi motosikal dan kereta anak muda bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz, persembahan artis terkenal tanah air, pidato anak muda, ikrar rakyat memenagkan PAS dalam PRU-13 ini serta amanat dari Mursyidul Am PAS.
 
Wartawan: Boleh Ustaz maklumkan apakah program kemuncak dalam himpunan ini?
 
Ustaz Abu Bakar: Untuk makluman semua, program kemuncak dalam himpunan ini ialah kita akan umumkan beberapa bekas pegawai tinggi kerajaan dan aktivis tegar UMNO menyerahkan borang keahlian menjadi ahli PAS kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz ( Mursyidul Am PAS ).
 
Wartawan : Baik, terima kasih Ustaz atas kesudian untuk ditemubual. Assalamualaikum.
 
Ustaz Abu Bakar : Waalaikumsalam warahmatuLlahi wabarakatuh.
Perakite daily

No comments: