Sunday, June 17, 2012

MUHYIDDIN SEMBANG BESAR!!! Paksa guru-guru ramaikan majlis, angkut orang kampung berbas-bas

MuhyiddinHari ini TPM Muhyiddin Yassin ke Taiping di sebelah pagi. Sebelah petangnya dia berada di Batu Kurau (loghat cakap orang Batu Kurau sedap didengar). Lebih kurang pukul 4 petang tadi, kami dihambat ke tepi oleh polis kerana ‘Sultan’ Muhyiddin nak lalu. Kami ke arah Redang Panjang, Muhyiddin ke arah Taiping dengan berpuluh polis serta deretan Perdana dan Inspira hitam. Gaya mengalahkan ganster jalanan!! Sibuk gamaknya dan perlu memecut sakan!!

Kami ke Redang Panjang kerana menziarahi kawan dan ingin menikmati jalan sesak di Batu Kurau hari ini. Sampai di Batu Kurau agak sesak walaupun Muhyiddin telah berlalu. Ada lima enam buah bas yang menyebabkan jalan sesak kerana ingin mengambil semula orang yang meramaikan majlis Muhyiddin.

Mengikut maklumat yang diperolehi, setiap sekolah wajib menghantar 5 orang guru dan yang selebihnya dijemput hadir untuk kenduri Muhyiddin di Taiping dan Batu Kurau hari ini.

Harapnya Muhyiddin takyahlah sembang besar sangat kalau program yang diadakan terpaksa kerah dan punggah orang untuk hadir. Kalaulah guru dikerah, takkan jabatan lain tak kena paksa untuk datang?

Pssst :Tak gamak ke hampa kalau tak kerah orang??ekeleh

No comments: