Sunday, June 3, 2012

MUHYIDDIN TRAUMA!!! Tuduh PAS bayar peserta Himpunan Hijau

Muhyiddin nampaknya tak senang duduk melihatkan ramainya orang berhimpun di Stadium Darul Aman dalam Himpunan Hijau anjuran PAS.

Dah tak tahu nak bagi alasan kenapa wartawan , kenapa terlalu ramai yang berhimpun dalam program anjuran PAS yang diumumkan dalam masa hanya 2 minggu.

Malah lebih ramai dari himpunan Umno di Stadium Bukit Jalil yang dihebahkan sejak beberapa bulan oleh seluruh media massa perdana. Tak cukup dengan itu, peserta himpunan Umno itu diangkut dan diupah.

Maka Muhyiddin pun bagi alasan peserta himpunan Hijau juga dibayar....Banyak duit PAS nak bayar lebih 100 000 orang. Siapa nak percaya tuduhan Muhyiddin? Rakyat boleh menilai....Admin

Bacalah kenyataan terdesak Muhyiddin yang tak boleh terima kenyataan kejayaan PAS :

Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peserta Himpunan Hijau anjuran PAS di Alor Setar, Kedah mungkin dibayar supaya hadir.

Katanya, peserta berkenaan mungkin dibayar supaya hadir dari seluruh negara, katanya.

PAS juga terpaksa membuat perhimpunan tersebut untuk menunjukkan bahawa mereka masih mempunyai sokongan, katanya yang mendakwa sokongan parti itu di Kedah semakin menurun.

Perhimpunan pada Jumaat lalu menyaksikan penyokong PAS yang berpakaian hijau membanjiri Stadium Darul Aman. Malaysiakini menganggarkan 50,000 hadir di perhimpunan tersebut dan beberapa akhbar harian berbahasa Cina menganggarkan 100,00 yang hadir.

Penganjur bagaimanapun menganggarkan jumlah kehadiran seramai 150,000 orang.

PAS mengadakan perhimpunan itu kira-kira tiga minggu selepas perhimpunan Umno di Stadium Nasional Kuala Lumpur dengan kehadiran didakwa seramai 100,000 orang.Malaysiakini

2 comments:

Anonymous said...

org mcm ni nak jadi PM..rentikanlah umno.rakyat takle sebodoh yng di harapakan...org umno bolehh le.

Anonymous said...

Memang kami dibayar upah... banyak, sangat banyak. Cuma upah itu hanya boleh ditunai di akhirat, mungkin semasa berhadapan dengan MIZAN ALLAH.