Saturday, June 30, 2012

SAHUT CABARAN PEMUDA UMNO!!! (Video) Sambutan hebat anak muda sertai Himpunan Xpresi Orang Muda Parit Buntar ke Putrajaya



PARIT BUNTAR : Sambutan anak muda  dalam himpunan Xpresi Orang Muda ke Putrajaya diluar dugaan. Program yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Parit Buntar sebelum ini telah dicabar oleh Pemuda UMNO yang mengatakan bahawa tidak ramai anak-anak muda yang ingin menyertai dan menyokong  himpunan tersebut.

Program dimulai dengan Konvoi yang bermula di dataran rakyat di Batu Lima telah disertai oleh lebih 1000 orang pemuda-pemuda yang terdiri dari ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS.

Konvoi bermotosikal itu berarak melalui jalan Kuala Kurau itu disertai seramai 300 orang menuju ke dataran Pusat Tarbiyah MTD Kuala Kurau. Disana bilangan peserta yang menunggu hampir 300 orang, telah meneruskan perjalanan ke Markas Tarbiyah Sungai Betul Bawah.
 


 Jumlah peserta ini bergabung dengan anak muda dari sekitar Tanjung Piandang yang meningkatkan lagi bilangan mereka menjadi lebih besar dan akhirnya mereka bergabung dengan kumpulan yang menunggu disekitar Bagan Tiang, Sungai Kota dan Titi Serong.

Konvoi yang dilakukan itu berjalan dengan adap dan akhlak yang tertib dan baik walaupun terdapat provokasi dari anak muda UMNO yang keluar ke jalan raya sambil memegang bendera UMNO/BN. Peserta anak muda dalam konvoi itu tidak mempedulikan provokasi itu sebaliknya meneruskan perjalanan dengan baik sehingga sampai ke Dataran Purnama di Kampung Kedah. 

Himpunan ini telah dihadiri oleh Dr. Raja Iskandar AlHiss, Naib Ketua DPP Malaysia, YB Dr. Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar,Ustaz Abu Bakar Hussin, Pesuruhjaya PAS Perak ,Hj Harun Hashim, YDP PAS Parit Buntar dan AJK Pas Kawasan serta AJK DPP Kawasan.

Selain daripada ucapan pimpinan, turut diadakan ialah pertunjukkan seni mempertahankan diri iaitu persembahan Seni Silat dan Takwando. Program telah berakhir pada jam 12 tengahari dengan jamuan makan.

Himpunan Xpresi Hijau Anak muda Parit Buntar telah diadakan dengan jayanya. Walaupun tanpa baju T percuma, tanpa wang saku dan tanpa duit minyak motorsikal, anak-anak muda ini sanggup berkorban semata-mata untuk melihat kemenangan Islam.

Mereka telah berjanji untuk memastikan PAS dan Pakatan Rakyat kekal menang di Parlimen Parit Buntar, DUN Titi Serong dan Kuala Kurau.
 
Seterusnya berjaya menang dan dapat mengambilalih Putrajaya dalam PRU ke 13 akan datang. Inilah lafaz sumpah ikrar yang diucapkan dalam baiah mereka hari ini. 
 


 
 
 
 
 
 
 
 




 
 

 


 










MKA

No comments: