Tuesday, July 17, 2012

NAK BUAT USUL TAK MAU!!! Dok meroyan kata sidang DUN Kedah pendek

Oleh: Tok Non
Pembangkang di Kedah bukan main lagi kecoh sebab Sidang DUN baru-baru ini hanya berlangsung 1 jam 20 minit. 

Depa hentam kerajaan negeri kerana masa bersidang sat (pendek) sangat. Sebenarnya masa persidangan boleh dipanjangkan dengan syarat mana-mana ahli Dewan kena buat usul di DUN Kedah. 

Malangnya sepanjang 4 tahun berlalu takdak sekog pun anggota pembangkang buat usul minta tambah masa bersidang, lepaih tu dok hingaq kat sidang media.Kedah La

(Petikan berita Warta Kedah)

Nak panjangkan Sidang mesti melalui usul di Dewan bukan sidang media

Oleh: WADIASSOFI JAAFAR

ALOR SETAR – Pihak pembangkang boleh mengemukakan usul dalam dewan untuk dipanjangkan masa soal jawab dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah bagi tujuan Dewan meluluskannya.

Speaker Dewan Undangan Negeri, YB. Dr. Abd. Isa Ismail berkata, selepas diluluskan, Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Dewan akan membincangkan perkara itu.

“Selepas dibincangkan, perkara itu akan dibentangkan dalam Dewan. Saya berharap mereka faham kerana Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah yang diadakan pada 16 Julai lalu hanya berlangsung dengan soal jawab selama satu jam sahaja mengikut peraturan dewan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Pembangkang, YB. Dato’ Seri Mahdzir Khalid berhubung Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah yang berlangsung kira-kira sejam itu hanya menjawab lima daripada 61 soalan lisan yang dikemukakan oleh wakil rakyat negeri ini.

No comments: