Monday, July 23, 2012

PARIT BUNTAR!!!! Alam Ria Pasti Parit Buntar meriah

PARIT BUNTAR, 15 Julai : Program Alam ria PASTI Kawasan Parit Buntar berjalan dengan meriah dengan dihadiri oleh ibubapa dan keluarga serta guru-guru PASTI. 
 
Pengarah Pasti Parit Buntar, Mohamad Amiruh Hasni berkata, sebanyak sembilan unit PASTI telah mengambil bahagian dalam acara-acara yang dipertandingkan seperti pertandingan azan, hafazan, sajak, bercerita dan nasyid.

" PASTI Al-Mu'tasim telah menjadi Johan keseluruhan dalam program Alam Ria kali ini dengan mengondol Johan bagi acara Nasyid, Hafazan dan Azan. 
 
" Ibu bapa dan hadirin terhibur melihat bakat-bakat anak kecil seusia empat,lima dan enam tahun yang terlibat dalam acara-acara tersebut" katanya 
 
Program ini telah dirasmikan dalam upacara penutup oleh Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Parit Buntar, Saudara Ahmad Azhar Hj Shahrin. Turut hadir di majlis tersebut ialah AJK PAS Kawasan, AJK Dewan Pemuda dan Muslimat kawasan Parit Buntar.




No comments: